5 Teori Saintifik yang Popular tapi Salah (Atau Ditinggalkan)

Tonton versi video di sini

Ramai orang menganggap bahawa teori saintifik adalah absolut dan tidak berubah. Jadi itu sebab kadang – kadang bila kita dengar orang berdebat dan bertengkar, mereka mencampak perkataan ‘bukti saintifik’, sebab itu seolah – olah kuasa terakhir untuk mereka menang hujah, dan itulah kebenaran mutlak bagi mereka.

Tapi sebenarnya itu bertentangan dengan sifat sains, sebab sains, sentiasa berubah.

Bila data – data terkini diperoleh atau pemerhatian baru dibuat, ada teori – teori yang akan diubahsuai, atau ditolak, atau diganti dengan teori yang baru.

Atau kadang – kadang akan berlaku satu revolusi besar – besaran yang ubah terus struktur dunia saintifik secara drastik, dalam satu fenomena yang dipanggil ‘Anjakan Paradigma‘. Dan bila jadi satu anjakan paradigma, boleh ucap selamat tinggal kepada buku sains anda sebab ‘fakta – fakta saintifik’ dalamnya dah tak boleh dipakai dah.

Image result for throwing books
Akhirnya, alasan terbaik untuk buang buku lepas periksa.

Dalam sejarah, ada banyak teori saintifik yang dulunya popular tapi kemudian didapati salah, atau ditinggalkan. Artikel ini kupas 5 daripadanya!

Pembahagian Peta Lidah

Peta lidah ini kita pelajari sejak dari dulu. Peta lidah yang mengatakan bahawa peta lidah terbahagi kepada bahagian; manis, masam, masin dan pahit rupa – rupanya salah.

Kesemua rasa itu sebenarnya boleh dikesan oleh keseluruhan lidah kita. Ia adalah salah faham yang berlaku selama hampir 100 tahun.

Image00005(14).JPG
“Betullah cikgu saya tak rasa manis letak gula depan lidah. Eksperimen ni yang salah!”

Asalnya pengkaji deria lidah David Hanig cuma membuat kesimpulan bahawa pada lidah kita, terdapat bahagian agak sensitif sedikit dengan rasa – rasa yang berbeza. Kemudian ini disalah tafsir sebagai mengatakan bahagian – bahagian tertentu lidah kita yang mendatangkan rasa yang berlainan.

hanigggg.jpg

Kesalahfahaman isu ini kemudian menjadi lebih menyimpang apabila diilustrasikan peta yang popular ini 40 tahun kemudian.

image-20150703-11301-1v6p8ii.png

Bagaimanapun, sekarang, ramai pengkaji yang menolak mitos lidah popular ini.

Teori Phlogiston

Phlogiston adalah satu teori yang cuba diselamatkan berkali – kali, namun akhirnya terbenam di bawah arus kejam metod saintifik.

Sebelum datangnya, istilah oksigen, saintis guna pakai teori phlogiston untuk terangkan proses pembakaran.

phlogiston.gif

Phlogiston adalah satu konsep yang terbalik dengan oksigen. Teorinya, satu bahan itu terbakar kerana ia kaya dengan phlogiston. Lagi banyak phlogiston, lagi senang ia terbakar. Bila phlogiston hilang, api pun terpadam dalam satu proses yang dipanggil dephlogistication.

phlogiston.PNG
Berbelit lidah.

Tapi eksperimen demi eksperimen membuktikan teori ini bermasalah. Sebabnya rupa – rupanya ada sesetengah besi yang bertambah berat selepas terbakar. Sedangkan sepatutnya ia kehilangan phlogiston, jadi sepatutnya semakin ringan lah.

Kemudian beberapa alasan diberikan untuk menyelamatkan teori ini seperti mengatakan jisim phlogiston adalah negatif (macam mana boleh jisim negatif?) dan beberapa alasan yang lain, yang akhirnya ditolak satu persatu. Akhirnya terlalu banyak andaian yang menyelimuti teori ini sehinggakan ia menjadi terlalu rumit dan kompleks.

Akhirnya teori ini ditukar ganti dengan teori oksigen yang lebih mudah dan menjawab menjawab data – data baru tersebut dengan lebih elegan.

Geosentrik – Bumi sebagai Pusat Alam

Ini mungkin antara revolusi saintifik yang terawal dalam rekod sejarah.

Dahulu, orang percaya bahawa matahari dan bulanlah yang keliling bumi sedangkan bumi pula berada di tengah – tengah alam, dalam satu model yang dipanggil geosentrik.

geocentric.jpg
Model geosentrik.

Kepercayaan ini dipegang oleh saintis zaman dulu, dan dianggap teori saintifik zaman itu. Tapi perlu difahami bahawa ‘sains’ zaman dulu lain dengan sekarang. Sains dahulu bukan bereksperimen, tapi berfikir.

Kemudian datang satu teori baharu, heliosentrik, yang mengatakan bahawa matahari yang berada di tengah – tengah. Lalu, pertembungan idea pun berlaku.

model geosentrik vs heliosentrik

Namun cara peralihan idea ini bukanlah seperti yang kita biasa dimomokkan iaitu saintis yang percayai teori heliosentrik ditangkap, orang terus percayai seolah – olah ia satu ‘wakyu’ yang turun, berlaku revolusi serta – merta.

Perubahan penerimaan model alam ini berlaku perlahan, sehinggalah datang fahaman baru untuk mengubah sains daripada semata – mata berfikir, kepada bereksperimen, empirisasi.

Teori Alam Semesta Statik Einstein

Sebelum komuniti saintifik dan orang awam terima dan percayai teori Big Bang sebagai model permulaan alam semesta, iaitu alam semesta bermula dari satu titik kemudian berkembang, kepercayaan popular komuniti saintifik pada waktu itu adalah alam yang statik, tak berkembang dan tak akan berubah.

big bang.PNG
Seriuslah Google.

Tokoh yang paling popular yang mempercayai teori alam semesta statik pula adalah Einstein. Ini menjadikan cerita perubahan teori model permulaan ini lebih menarik, sebab ia dipercayai oleh seorang ‘superstar’ dalam arena fizik.

Apa masalahnya dengan teori alam semesta statik ini sehingga ia ditolak? Masalahnya bermula dari awal kerana alam semesta yang statik akan menjadikannya tidak stabil. Penamat teori ini adalah apabila ditemui anjakan spektrum radiasi oleh nebula ekstragalaktik yang membuktikan bahawa alam semesta memang berkembang, dan mempunyai titik mula.

Einstein kemudian kata bahawa ini adalah kesilapan yang paling besar dalam kariernya.

Yang lebih menarik tentang isu ini adalah, nama Big Bang hakikatnya merupakan satu nama penghinaan oleh komuniti saintis yang percaya kepada alam semesta statik terhadap orang yang mengusulkan alam semesta mempunyai titik mula.

Kenapa diperlekeh? Kerana saintis yang mengusulkan teori ini yang mencanggahi pandangan arus perdana ketika itu adalah George Lemaitre, seorang saintis yang beragama.

Image result for george lemaitre
Ada gaya muka pemburu vampire.

Namun akhirnya teori itu yang diterima dan nama ‘Big Bang’ yang asalnya satu sindiran itu yang melekat.

Mekanik Klasik Newton

Apa pandangan saintis dulu – dulu tentang alam kita? Subjek fizik tingkatan 4 beri klu untuk kita fahami jawapannya.

Alam semesta kita dianggap semacam mesin, seperti jam. Bila pukul 1, jarum jam akan menunjukkan kedudukan tertentu yang tetap. Begitu juga dengan waktu – waktu yang lain.

Alam kita dianggap demikian. Masa dan ruang dianggap tetap, boleh dikira dan boleh diramal, menggunakan formula pergerakan Newton.

Hukum pergerakan Newton

Teori pergerakan Newton sangat berjaya. Pergerakan planet bukan saja boleh diramalkan sejauh ratusan tahun, kedudukannya pada tahun – tahun tertentu, pukul tertentu boleh dianggar dengan sangat tepat.

Jadi teori fizik Newton dianggap sebagai fakta yang tak boleh disangkal, selama ratusan tahun. Dan ahli sains mula kata dah tiada lagi dapatan baru fizik setelah 300 tahun.

Sampailah datang akhir abad ke 19. Fizik dan sains ditunggangterbalikkan, dilencongkan ke arah baru yang pelik dan dilipatkaligandakan kepeningannya oleh satu konsep yang dipanggil kuantum.

Ada banyak dapatan baru kuantum, yang meruntuhkan teori sebelumnya, seperti cahaya yang wujud dalam bentuk partikel dan gelombang pada masa yang sama, mekanik Newton sudah tak terpakai pada kelajuan cahaya, dan tenaga yang bersifat berasingan (discrete) bukan berterusan (continuous) seperti pemahaman kita sebelum ini.

quote-quantum-mechanics-makes-absolutely-no-sense-roger-penrose-90-52-56.jpg

Tapi dapatan yang lebih besar tentang peralihan kepada cara fikir kuantum adalah alam tidak lagi dianggap bersifat tetap seperti mana pergerakan jam (deterministic), tetapi bersifat kemungkinan (probabilistic).

Maka jika teori gergasi dalam dunia fizik, teori Newton, pun boleh tumbang jatuh, apatah lagi teori – teori lain yang sudah pasti akan ditukar ganti dengan perkembangan sains.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts