5 Akibat Buruk Jika Universiti Terlalu Mengejar Ranking

Baru – baru ini Menteri Pendidikan Maszlee Malik meluahkan persoalan mengenai institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kerana dirasakan terlalu mengejar ranking.

Sumber

“IPT tanah air ini ada satu kegilaan. Kegilaan mengejar ranking. Ranking is not the big deal! ” Ujar beliau.

Hakikatnya, obsesi sesetengah pihak menilai tempat pengajian berpandukan kedudukan yang dinilai oleh pihak ketiga seperti Quacqarelli-Symmonds (QS) dan Times Higher Education (THE) ranking boleh mendatangkan beberapa akibat yang negatif:

Fokus Berlebihan kepada Universiti Elit

Sistem ranking universiti dibuat berdasarkan bancian reputasi akademik universiti. Ahli akademik yang membuat bancian diminta untuk memilih bilangan universiti yang terhad (tidak lebih 30, tapi biasanya dalam lingkungan 10 ke 15) yang mereka rasakan terbaik dalam bidang mereka.

Implikasinya, jika yang dibuat bancian tidak memilih satu nama Universiti sebagai 30 yang teratas, Universiti tersebut tidak akan tersenarai langsung.

Kriteria yang biasanya terlibat dalam pemilihan adalah seperti:

  • Bilangan pemenang anugerah Nobel
  • Bilangan artikel yang diterbitkan dalam Jurnal Science dan Nature.
  • Bilangan kertas akademik yang banyak citation.
  • Bilangan kertas akademik berimpak tinggi.
  • Bilangan terbitan dalam jurnal berimpak tinggi.

Kriteria yang digunakan bukan sahaja hanya melibatkan sebilangan kecil Universiti elit, malah cuma meningkatkan kebarangkalian universiti – universiti ranking tinggi untuk mengekalkan kedudukan mereka.

Sistem ranking juga mewujudkan pecahan kumpulan dalam kalangan Universiti. Universiti – universiti cuma mahu bekerjasama dengan mereka pada tahapan / league yang sama.

Mengabaikan Subjek Seni, Kemanusiaan, dan Sains Sosial

Sistem ranking Universiti yang mengejar penerbitan dalam jurnal berimpak tinggi telah mengabaikan subjek sains sosial dan kemanusiaan.

Terdapat lebih banyak terbitan dan citation dalam sains semula jadi (natural science) dan perubatan berbanding sains sosial. Maka kecenderungan untuk mengejar ranking akan mengabaikan aktiviti akademik terutama dalam konteks sains sosial seperti penulisan buku teks dan bab dalam buku, pembangunan kursus dan kurikulum, pengeditan dokumentari serta penghasilan projek filem.

Manipulasi Data untuk Tersenarai

Penekanan yang berlebihan terhadap ranking telah mendorong universiti untuk memaksimakan kedudukan mereka dalam senarai dengan cara memanipulasi atau ‘penipuan dalam penghasilan data‘.

Contoh yang popular adalah seperti pembelian pengkaji – pengkaji ‘superstar‘ atau pemenang anugerah Nobel dalam kontrak part – time.

Beberapa tindakan memanipulasi data lain juga telah direkodkan seperti:

  • Menggalakkan pelajar untuk memasukkan Universiti mereka dalam senarai pemilihan, walaupun mereka tiada harapan untuk dipilih. Ini untuk menaikkan markah pemilihan universiti.
  • Memandangkan pengiraan nisbah pelajar/kakitangan dibuat pada musim luruh, sebahagian Universiti menggalakkan fakulti mereka bercuti pada musim bunga.
  • Pelajar diminta oleh Universiti untuk memberi laporan yang sangat positif untuk meningkatkan kedudukan mereka.

Mengabaikan Bahasa Selain Inggeris

Penerbitan dalam bahasa selain Inggeris dibaca oleh jumlah pengkaji yang lebih sedikit. Kesannya, penerbitan selain bahasa Inggeris mendapat citation impact yang lebih rendah lantas menjatuhkan ranking.

Nilai kepelbagaian seperti bahasa yang merupakan keistimewaan pendidikan tinggi peringkat global tidak dapat dirakam dengan baik oleh sistem ranking Universiti seperti Times Higher Education World University Rankings.

Dana yang Sedikit kepada Universiti Ranking Rendah

Institusi bertaraf dunia akan diberi dana yang lebih oleh sesebuah negara berbanding institusi lain yang bertaraf rendah. Hal ini meningkatkan tahap pemecahan, segmentasi dan hierarki universiti.

Terdapat banyak kes di mana gaji atau atau kedudukan kakitangan universiti dipengaruhi oleh kedudukan institusi tersebut dalam ranking. Peningkatan prestasi mereka dalam ranking memberi justifikasi untuk mereka meminta kenaikan gaji.

Kesimpulan

Meskipun sistem ranking akan kekal, proses mengejar ranking tidak dibenar mengganggu-gugat etika akademik. Universiti tidak sewajarnya menjadi taksub kepada ukuran pencapaian dan pengiktirafan yang muluk semata-mata, jauh sekali menilai kecemerlangan dalam konteks yang sempit.

Sebagai institusi keilmuan dan penyuluh kebenaran, universiti adalah benteng terakhir etika dan integriti dalam masyarakat. Justeru, keseimbangan antara proses mengejar ranking dan etika akademik perlu diperkukuhkan. Matlamat sama sekali tidak menghalalkan cara.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts