3 Peribahasa Biasa yang Tak Sangka, Mendalam Maksudnya

Kita mungkin sudah lama tak menggunakan peribahasa. Kali terakhir boleh jadi sewaktu nak dapat markah lebih dalam karangan BM.  Sekarang masyarakat kita amat jarang menggunakan peribahasa.

“Mat, tolong sediakan invois dekat klien. Jangan lupa masukkan peribahasa ‘pucuk dicita ulam mendatang’ tau”

Lain ceritanya dengan nenek moyang kita dulu yang menggunakan peribahasa untuk mengungkapkan pemikiran dan akal budi mereka semasa berkomunikasi.

Malah peribahasa, menurut Za’ba, membawa makna yang luas hasil daripada ketajaman fikiran masyarakan Melayu, termasuklah pada peribahasa yang kita anggap biasa – biasa.

Dalam artikel ini, AJAR senaraikan 3 peribahasa yang kita anggap biasa – biasa tapi tak sangka, mendalam maksudnya!

versi video

Asam Garam Kehidupan

Maksud peribahasa asam garam kehidupan adalah pengalaman hidup yang pelbagai, pahit manis suka dan duka. Tapi apa kena mengena frasa asam garam, dengan pengalaman hidup?

Kalau kita biasa memasak, kita mungkin boleh dapat klu.

Kalau pandai masak lah. – Singgang

Asam denga garam adalah bahan resipi memasak yang sangat biasa digunakan oleh masyarakat Melayu. Asam digunakan dalam banyak masakan, dan garam pula digunakan dalam banyak petua tradisi.

Asam rasa masam, dan garam rasa masin. Namun walaupun berbeza rasa keduanya, apabila dicampur, makanan akan rasa sedap.

Jadi masuk akal lah kot peribahasa ini dengan maksud dia, asam – garam, dicampur, dibuat masakan, sama dengan maksud pengalaman hidup. Itu saja lah, kan?

Tapi kajian yang lebih mendalam contohnya dari jurnal UKM ini menunjukkan peribahasa ini ternyata jauh lebih mendalam.

Maka apabila digabungkan semua faktor ini jadilah satu sinergi maksud. Iaitu keserasian dua alam yang berbeza, didorong oleh pengalaman dari jarak atas ke bawah, dan satu elemen menjadi pelengkap kepada elemen yang lain.

Jadi datanglah maksud pengalaman hidup yang pelbagai, pahit manis, suka dan duka. Daripada gabungan dua bahan masakan.

Ikut Resmi Padi, Jangan Ikut Resmi Lalang

Ini juga antara bahasa yang paling banyak digunakan dalam karangan.

Oh, nota sampingan, bukan rasmi padi ye, tapi resmi padi.

Betulkan kalau dah terbiasa.

Padi dengan lalang amat sering digandingkan dalam peribahasa, ia gandingan yang paling banyak selepas asam dengan garam.Kenapa orang Melayu suka bandingkan dua tumbuhan ini?

Sebabnya walaupun memiliki anatomi dan ciri fizikal yang sama, kedua – duanya berbeza pada fungsi dan kegunaan.

Lalang adalah sejenis tanaman perennial yang miliki bunga yang cantik, dan sentiasa tegak mendongak megah. Tapi, lalang tak membawa apa – apa faedah.

Padi pula apabila buahnya masak, akan jadi berat dan membongkok seolah – olah menunduk. Padi apabila dituai, boleh dibuat nasi yang bermanfaat.

Masyarakat Melayu dulu yang merupakan pesawah memerhatikan proses fisiologi kedua – dua tumbuhan ini, belajar dari alam dan mengkodifikasikan mesej alam dalam peribahasa.

Maka lahirlah peribahasa ikut resmi padi, jangan ikut resmi lalang yang bermaksud jangan sombong dan bermegah, sentiasa tunduk merendah diri walaupun kaya, berpangkat besar dan berilmu.

Tapi tidak berhenti di situ, ada satu lagi maklumat penting tentang tunduknya padi.

Kalau pokok padi itu rebah ke tanah, padi akan rosak dan menyebabkan kerugian yang besar. Jadi kena ingat, merendah diri bukanlah bererti sampai dipijak orang.

Jangan main kepala dik

Daripada Cempedak, Baiklah Nangka

Err….kenapa pulak?

Jelas daripada peribahasa ini, masyarakat Melayu membandingkan dua darjat – antara sifat cempedak dan nangka. Nangka dianggap lebih baik daripada cempedak.

Tapi kenapa? Betul ke nangka lagi bagus?

Untuk menjawab persoalan ini, kita kena meneroka dan menelurusi akal budi dan falsafah orang Melayu.

Walaupun secara biologinya kedua – dua buah ini hampir sama pada luarannya, namun anatominya sungguh berbeza.

Jadi oleh sebab banyaknya kegunaan nangka, tak hairanlah masyarakat Melayu memlih nangka berbanding cempedak.

Kesimpulan

Peribahasa dihasilkan daripada hati budi dan akal orang Melayu berpandukan pengalaman empirika mereka. Jika dikaji dengan lebih mendalam, akan terbongkar banyak khazanah kekayaan tradisi pemikiran bangsa.

Exit mobile version