Matematik boleh jadi topik yang sukar difahami tanpa animasi visual. Kadang – kadang sesuatu konsep sukar itu diajar hanya dengan menggunakan tulisan dan persamaan di papan hitam. Namun apabila dipersembahkan dalam bentuk animasi, ia terus difahami!
Berikut adalah 17 animasi GIF yang menerangkan konsep matematik
Teorem Pythagoras
https://giphy.com/gifs/animated-math-nerdgasm-FGN3UskNkgG76
Oh ini rupanya apa yang pythagoras cuba beritahu. Giphy
Apa itu Pi?
Pi adalah watak utama dalam trigonometri. Visualisasi ini menerangkan macam mana pi boleh diperoleh. Pi = nisbah ukur lilit sebuah bulatan kepada diameternya. Imgur
Radian
Jika satu lengkok bulatan sama panjangnya dengan dengan jejari bulatan tersebut, nilainya adalah satu radian. Imgur
Segi Tiga Pascal
Cara selesaikan segi tiga pascal. Wikimedia
Binomial
Cara mudah mendarab binomial. mathcaptain
Transposisi Matriks
Gunakan kaedah ini supaya tidak terbalik lagi apabila melakukan transposisi matriks.
Jumlah Sudut Polygon
Hasil tambah sudut luaran polygon sentiasa akan bersamaan 360 darjah.
Sin dan Kosin
Visualisasi sin dan kosin. imgur
Kosin adalah hasil pembezaan sin. imgur
Sin dan kosin digambarkan menerusi segi tiga. imgur
Garisan Tangen
Visualisasi garisan tangen. Imgur
Mungkin lebih mudah difahami jika kita lihat dari sudut sisi. Imgur
Parabola
Cara melukis parabola. Imgur
Lonjong
Cara melukis lonjong. giphy
Hiperbola
Hiperbola adalah dua lengkungan yang seakan – akan busur panah infiniti. Giphy
Apabila diterjemah menjadi 3D, kita akan peroleh hiperboloid. Percaya tak itu semua garis lurus? Tumblr
Apabila diaplikasikan dalam dunia sebenar, kita boleh hasilkan instrumen yang seakan – akan magik ini.