Peta Dunia Kita Salah

Peta dunia yang kita biasa tengok sebenarnya bukanlah bentuk sebenar bumi kita. Eh tak, ini bukan teori konspirasi, ini memang permasalahan yang muncul bila kita cuba untuk memetakan bumi.

Lebih tepat, ini adalah masalah apabila kita cuba memprojeksikan bentuk sfera 3 dimensi kepada 2 dimensi. Pasti akan berlaku herotan. Bayangkan anda cuba mengupas kulit oren, kemudian anda jadikan bentuk petak yang rata. Anda perlu menarik, memadatkan atau mungkin mengoyak bahagian oren tersebut.

Jadi disebabkan herotan yang tidak dapat dielakkan ini, bentuk peta yang dilukis oleh kartografer sebenarnya terdapat beberapa versi. Versi yang paling popular adalah Peta Mercator, yang kita biasa tengok.

Peta Mercator – Peta Dunia Paling Biasa Kita Tengok.

Apa masalah dengan peta ini?

Peta dunia yang paling popular dalam … dunia ini miliki beberapa isu.

Saiz sebenar Afrika
Saiz sebenar Indonesia dan Indonesia diprojeksikan atas Kanada dan US
India lebih besar berbanding negara Skandinavia.
Ini paling susah percaya

Anda boleh membandingkan sendiri saiz – saiz negara yang sebenar menggunakan website thetruesize.com . Cubalah, cukup meletupkan minda!

Kenapa Peta Kita Macam Tu?

Peta Mercator dihasilkan pada tahun 1569 oleh kartografer bernama Gerardus Mercator untuk membantu pelayar Eropah melayari Laut Atlantik.

Maka, penggunaan peta Mercator ini dianggap sebagai Eurosentrik, ataupun bias kepada Barat dan Eropah. Ia membesarkan saiz Eropah dan Amerika Utara, dan meletakkan Eropah di pertengahan dunia. Negara seperti Iran, Venezuela, India, Afrika pula kelihatan kecil. Gambaran – gambaran kebesaran negara di atas peta dibuat untuk memberi simbol kuasa dan kepentingan Barat ke atas dunia.

Begitu juga, kenapa Eropah diletakkan di bahagian atas peta? Memandangkan bumi adalah sfera, maka boleh saja peta diterbalikkan untuk meletakkan Eropah di bahagian bawah.

Sakit kepala

Jadi peta dunia kita sekarang

Peta ini memberi simbolik bahawa kuasa Barat sejak dari zaman Empayar British memiliki dan memegang kuasa dunia. Itulah sebab sebahagian menganggap peta kita sekarang sebagai rasis.

Apa Alternatif Lain?

Selain peta Mercator, sebenarnya ada beberapa versi peta dunia yang lain. Seperti:

Peta Gall – Peters ini menggambarkan saiz negara secara relatif.

Dan… banyak lagi

Mana satu yang betul? Jawapannya adalah tiada.

Kerana memang mustahil untuk menghasilkan bentuk peta 2D yang sempurna daripada bentuk sfera 3D. Maka peta diterima berdasarkan perspektif dan kecenderungan kita.

Exit mobile version