5 Eksperimen Merepek yang Entah Kenapa Dibuat Oleh Saintis

Sains merupakan bidang yang sangat berguna dan berharga kepada manusia. Dengan setiap eksperimen dan terbitan – terbitan saintifik terbaharu, kita mengharapkan agar ilmu umat manusia berkembang sedikit demi sedikit.

Tapi ada beberapa eksperimen yang kita tak tahu entah kenapa dibuat. Sudahlah merepek, seolah – olah sengaja dibuat untuk diketawakan, saintis – saintis tersebut pula anggap serius eksperimen – eksperimen itu, siap dibuat dengan metodologi dan prosedur yang legit.

Contohnya …

Adakah Menguap Berjangkit dalam Kalangan Kura – Kura?

Image result for yawning tortoise

Salah satu ketakjuban manusia adalah apabila kawan kita menguap, kita juga akan menguap. Fenomena universal ini dipanggil nguapan berjangkit (contagious yawning), dan saintis sampai sekarang tak tahu kenapa hal ini berlaku.

Sebenarnya, di samping manusia, fenomena nguapan berjangkit ini juga berlaku dalam kalangan binatang. Contohnya ia juga didapati berlaku kepada anjing dan Cimpanzee, dan kucing.

Alamak comelnya.

Jadi sampai satu tahap, saintis pun bertanya : “Kita kena buat eksperimen untuk tahu sama ada kura – kura pun hadapi fenomena penyakit berjangkit ni!”

Misi yang cukup penting dalam dunia sains tersebut dijalankan oleh Dr Anna Wilkinson dari University of Lincoln, dengan hasil dapatan beliau dan kumpulan diterbitkan dengan judul “No evidence of contagious yawning in the red-footed tortoise Geochelone carbonaria“.

Dah pasti kita semua tertanya – tanya soalan – soalan berikut:

  1. …. Kenapa?
  2. Macam mana saintis boleh suruh kura – kura menguap?
  3. …. Kenapa?

Ternyata untuk menjalankan eksperimen ini bukan kerja senang. Dr Anna terpaksa habiskan 6 bulan untuk ajar kura – kura menguap. Kita tak tahu macam mana beliau terangkan tentang kerja beliau pada saudara mara waktu raya.

Caranya, setiap kali kura – kura tersebut membuka mulut, ia akan diberikan hadiah makanan kegemaran. Ulang selama 6 bulan, akhirnya nguapan kura – kura boleh disimulasikan dan dikawal.

Apa hasil eksperimen? Setelah mereka letakkan seekor kura – kura menguap di tengah – tengah kura – kura yang lain … tak ada apa – apa berlaku. Rupa – rupanya kura – kura tak menguap apabila kawan – kawannya menguap.

Menariknya Dr Anna sendiri tahu bahawa kerja eksperimen beliau ini lain macam. Beliau kemudian diberikan anugerah khas Ig Nobel Prize, ia satu anugerah untuk hasil- hasil saintifik yang buatkan orang ketawa, tapi kemudian berfikir.

Komen beliau, “Semua kawan – kawan saya cemburu dengan anugerah ini”

Macam Mana Suara Beruk Bila Kita Suruh Ia Sedut Helium?

Image result for gibbon

Apa jadi bila kita sedut helium? Suara kita akan kedengaran kelakar. Sekarang, mesti ada antara kita yang pernah teringin nak dengari suara binatang – binatang lain setelah menyedut helium.

Cumanya, dah pasti susah nak paksa kucing – kucing atau anjing jiran untuk sedut helium dari belon tanpa kena cakar atau kena saman. Maka itulah sebab kita harapkan saintis yang dibayar untuk buatkan!

Seorang saintis Jepun pengkaji beruk berminat untuk menyelidik sifat akustik suara beruk, maka beliau pun letakkan seekor beruk bernama Fuku – chan dalam bilik yang dipenuhi helium. Rengekan ia kemudian dirakam dan direkodkan.

Apa bunyinya? Err.. dengar sendiri:

Ini bunyi rengekan biasa beruk

Ini bunyi rengekan dengan helium

Ini suara orang menyanyi soprano

Kesimpulannya? Menurut Takeshi Nishimura, kajian ini menunjukkan bahawa “bukan saja beruk menyanyi, tapi dengan helium dapat dipastikan bahawa mereka menggunakan teknik vokal yang sama dengan penyanyi soprano manusia”

Tak tahulah, sebab kalau dengar bunyi rengekan beruk tersebut dengan helium tak macam nyanyian. Macam jeritan ketakutan bayi… dengar sekali lagi

Bolehkah Cimpanzee Mengenali Cimpanzee lain dengan Hanya Melihat Punggung Mereka?

Image result for chimpanzee

Cimpanzee adalah haiwan yang dianggap bijak oleh saintis. Bijak bagaimana? Mereka mampu mengenal kawan mereka dengan hanya melihat punggung.

Itu … bukan cara ukur kebijaksanaan?

Primatologis Frans de Wall dan Jennifer Pokorny dari Yerkes National Primate Research Centre menguji bagaimana enam cimpanzee dewasa mampu mengenal pasti gambar – gambar bahagian belakang cimpanzee,  dan kemudian dikaitkan dengan gambar muka individu cimpanzee tersebut.

Mereka tunjukkan gambar belakang seekor cimpanzee, termasuklah bahagian … kemaluan, kemudian gambar dua muka cimpanzee dengan jantina yang sama dengan gambar belakang tadi. Setiap cimpanzee didapati mampu memadankan gambar muka dengan gambar belakang.

A sex perception task for chimps: The top image shows a generic female rear. The chimp being tested must decide which of the male and female faces presented would have such a backside. Go to the end of the story to find the answer
“Wah Mat, dengar cerita kau dapat kerja fotografi dengan saintis. Gambar apa kau ambil?” “Err…”

Oh wow. mengagumkan? … Tapi kenapa?

Eksperimen ini nampaknya memberi isyarat bahawa cimpanzee tidak hanya mampu mengesan petanda visual di muka yang kemudian dipadankan dengan bahagian belakang mereka. Mereka dianggap mampu untuk melakukan integrasi ‘whole body’ seperti mana dipanggil ahli psikologis.

Konsep integrasi ‘whole body’ ini dianggap hanya dimiliki oleh manusia. Tapi rasanya boleh saja mereka gunakan gambar tangan atau ekor untuk eksperimen ini. Entahlah, sebab mereka yang saintis.

Apa Riak Muka Kanak – Kanak Bila Disuruh Sembelih Tikus?

Pada tahun 1963, satu kajian berimpak besar diterbitkan mengenai psikologi ketaatan. Eksperimen Milgram, yang dilakukan oleh Stanley Milgram dari Yale University, mengkaji kesan konflik antara ketaatan pada pihak berautoriti dengan pegangan hati nurani seseorang. Eksperimen tersebut menunjukkan manusia boleh melakukan perkara pelik, jahat dan jijik sekiranya mereka menghormati pihak atasan yang memberi arahan tersebut.

Tapi rupa – rupanya, ada eksperimen lebih awal pada tahun 1920 yang telah pun membuktikan konklusi yang sama. Bezanya, saintis yang buat eksperimen tersebut bukan pura – pura gila, dia memang gila.

Carney Landis Experiment adalah asalnya bertujuan untuk mengkaji sama ada perubahan fisiologi adalah sama untuk semua orang. Eksperimen ini berminat untuk menilai pergerakan riak muka yang menggambarkan emosi.

Macam bagus je. Apa masalahnya?

Masalahnya, metod eksperimen ini yang sebiji macam eksperimen saintis gila cerita kartun. Landis berikan rangsangan berbeza – beza pada ‘sukarelawan’ uji kaji, kemudian dia ambil gambar riak muka.

Gambar ini saja dah cukup nak beri isyarat ‘eksperimen orang gila’

Mula – mula sukarelawan diminta lakukan tugasan ringan – ringan : dengar muzik Jazz, menipu, baca Bible, tapi keputusannya tak menggalakkan. Jadi Landis tambah dos.

Mereka kemudian diminta melihat gambar porno, sentuh katak, tembak pistol depan – depan, pegang wayar hidup…

Bila semua ini pun tak memuaskan hati Landas, dia ambil tikus dan letak di depan sukarelawan. Mereka kemudian diminta sembelih / pancung tikus tersebut. Maka ada di kalangan sukarelawan yang mula menangis, ada yang gelak mengilai, ada yang terkaku dan ada yang mencarut. Bagi mereka yang enggan, Landis sendiri yang sembelih.

Kasihan budak di gambar 7 – 9. Trauma sepanjang hayat

Kesimpulannya? Landis tak dapat keputusan yang diharapkan, sebab rupa – rupanya riak muka manusia terlalu kompleks, dan tiada riak muka yang seragam dalam situasi tertekan.

Adakah Ayam Turki Jantan Mahu Berasmara dengan Kepala Turki Betina Tanpa Badan?

Err.. hah?

Siapa yang tanya soalan ni? Hang ok tak?

Pada tahun 1960 – an, Martin Schein dan Edgar Hale dari Pennsylvania State University dapati ayam turki jantan sangat tak memilih pasangan. Apabila diberi model patung ayam turki betina pun, mereka tetap mahu berasmara.

Jadi satu persoalan besar dan fundamental mula bermain di minda saintis – saintis tersebut. “Setakat mana ayam turki jantan boleh terangsang dengan ayam turki betina, kalau kami buang satu per satu anggota badan ayam betina tersebut”?

Jadi saintis – saintis tersebut pun buang satu per satu anggota badan ayam turki betina dan letak depan ayam turki jantan. Mereka potong kaki, ekor, kemudian sayap … dan ayam turki jantan tetap tak kisah dan masih mahu berpasangan.

Sampailah mereka buat keputusan untuk cucuk kepala turki betina pada cerucuk kayu, tanpa badan. Dan … tetap ayam turki jantan tersebut mahu berpasangan dengannya. Maka saintis menyimpulkan bahawa kepala ayam betina sebenarnya yang menjadi bahan erotika ayam jantan.

Jap .. nak pergi muntah sekejap.
Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts