Hasil tangan seorang pelajar Design UITM yang membina dan mensimulasikan bangunan universiti tersebut menggunakan permainan video terkenal Minecraft tular di media sosial.
UiTM in Minecraft pic.twitter.com/bVW37KhZxZ
— Acuwucks ?? (@muhdashwatch) November 1, 2018
Dalam video yang dimuat naik di Twitter itu, penonton dibawa meneroka pembinaan UITM dalam reka bentuk bongkah menggunakan aset – aset dan enjin Minecraft, sambil diiringi lagu rasmi UITM.
Turut disimulasikan adalah tingkah laku pelajar UITM menelaah di perpustakaan, memasak di dapur, berlegar di ruang laluan, dan belajar di dewan kuliah.
Pengguna Twitter Ashwa Nai Mazlan mengatakan beliau mengambil masa 2 bulan untuk menyiapkan model ‘UITM cawangan Minecraft’ tersebut.
Minecraft merupakan permainan ‘sandbox’ yang sangat popular di serata dunia kerana keunikan cara permainannya.
Pemain boleh membina model, binaan, malah dunia sendiri dengan menggunakan aset – aset permainan tersebut seperti bongkah batu, kayu, api, air, binatang, tumbuhan dan sistem fizik tersendiri.
Permainan tersebut dianggap seperti Lego di alam maya.
Lantaran kebolehupayaan permainan tersebut membenarkan segala macam ciptaan, ditambah dengan daya kreativiti jutaan pemain yang tidak terbatas, pelbagai ciptaan – ciptaan hebat telah dihasilkan daripada permainan tersebut.
Ada yang membina bangunan – bangunan kompleks dan indah,
Ada yang membina keseluruhan pulau fantasi
Bandar futuristik
Malah ada yang membina kalkulator saintifik!
Apa pun, meluangkan masa selama hampir 2 bulan untuk mereka bentuk dan membina bangunan universiti adalah satu usaha yang menarik yang pastinya mengasah minat sebagai pelajar design.
