Lebih 6000 Gambar Zaman Uthmaniyah Kini Boleh Diakses Atas Talian. Beri Gambaran Saat Akhir Empayar Sebelum Kejatuhan.

Institut Kajian Getty telah mendigitasikan koleksi gambar – gambar sewaktu zaman khilafah Uthmaniyah yang boleh diakses dan dimuatturun secara percuma.

Istanbul, antara tahun 1888 hingga 1900 (semua imej adalah bersumberkan program open content Getty)

Gambar – gambar tersebut adalah sekitar abad ke 19 dan awal abad ke 20, yang dikumpul oleh seorang pengumpul Perancis Pierre de Gigord sewaktu pengembaraan beliau di Turkey.

Dataran Pasar Eminou dan Masjid Yeni Cami, dengan papan tanda kedai berbahasa Turkish, Armenia, Greek dan Perancis, 1884 – 1900.

Koleksi gambar tersebut adalah dalam pelbagai format. Daripada cetakan albumen kepada slaid kaca dan album, koleksi tersebut mendokumentasikan seni bina, lanskap urban dan semula jadi, tapak arkeologi peradaban beribu – ribu tahun dahulu, dan hiruk pikuk kehidupan empayar Uthmaniyah yang ketika itu semakin lemah.

Wanita Turki yang berhijab (1900), slaid lampu kaca.

Termasuk dalam koleksi tersebut adalah gambar panorama 10 bahagian Istanbul, yang memerlukan kesemua bahagian cetakan albumen itu dicantumkan. Hasilnya adalah satu pandangan panorama mengagumkan pencakar langit Istanbul dan Selat Bosforus pada tahun 1878.

Panorama Istanbul

Melalui projek digitasi tersebut, kita boleh pelajari keadaan perdagangan dan kesenian Turki, wanita – wanita mereka, seni bina pusat bandar Uthmaniyah, program – program kerajaan dan geopolitik kawasan tersebut.

Suasana sibuk di jalan Istanbul.

Bagi Muslim pula, gambar – gambar saat – saat akhir sebelum jatuhnya sistem khalifah pula sedikit mendatangkan rasa syahdu dan kerinduan.

Anak – anak muda Istanbul.
Enver Pascha
Seorang lelaki Turki membawa perabot di belakang badannya.
Exit mobile version