Genius – genius Hebat yang Dieksploitasi Hidup Mereka

Versi video

Kalau ditanya sama ada ingin jadi genius atau ingin jadi orang biasa – biasa, rasanya ramai yang akan pilih nak jadi genius.

Iyalah, orang – orang genius ini mengagumkan, mereka boleh kira pantas guna otak, ada memori fotografik, boleh tidur dalam kelas tapi tetap markah tinggi, dan boleh dapat populariti, tanpa perlu buat kenyataan – kenyataan pelik seperti kata bumi ini rata!

dr house oops GIF

Seronok tu! Mesti orang – orang genius ni rasa dihargai dalam masyarakat, kan?

Tapi rupa – rupanya hidup seorang genius ini tidaklah begitu indah macam yang disangka. Mereka malah dieksploitasi hidup mereka seperti yang berlaku kepada beberapa orang genius dalam sejarah.

Jadi artikel ini senaraikan beberapa orang genius hebat yang dieksploitasi hidup mereka.

Kim Ung Yong

Image result for kim ung yong

Kim Ung Yong catat sejarah sebagai manusia dengan IQ paling tinggi dalam dunia, tapi beliau kemudian dianggap sebagai bakat yang gagal.

Pada usia 6 bulan, Kim sudah pun mampu bertutur.

Pada umur 3 tahun, Kim sudah mampu membaca Korea, Jepun, German, dan Inggeris kerana tak mahu bosan.

Usia 7 tahun, Kim sudah pun dipanggil stesen TV untuk selesaikan masalah pembezaan matematik secara langsung.

Dan pada usia 8 tahun, Kim dijemput ke NASA, dan dapat PhD pada usia 15 tahun!

Namun semua pencapaian hebat tersebut sebenarnya tidaklah begitu bermakna bagi Kim.

Pada waktu tersebut, hidup saya seperti mesin, saya bangun, selesaikan masalah matematik harian, makan, tidur dan berterusan. Saya tak tahu apa yang saya lakukan. Saya kesunyian dan tiada kawan..

Kim kemudian pulang ke Korea sebab terlalu rindukan emaknya. Beliau cuma mahu hidup biasa – biasa, mahu gembira seperti orang normal.

Tapi kemudian beliau diserang oleh media. Beliau dikatakan sebagai genius gagal yang mensia – siakan bakatnya.

Tapi kemudian balas beliau “Kegembiraan bukanlah apabila kita cuba menjadi istimewa, tapi apabila kita buat kawan di sekolah dan berkongsi waktu indah dengan mereka”. Pengalaman yang beliau tidak pernah rasai selama bergelar ‘budak genius’.

Oppenheimer

Image result for oppenheimer

Apa perasaan kalau hasil ciptaan kita, anak yang kita besarkan, curah kasih sayang dan tatang bagai minyak yang penuh akhirnya jadi satu kejahatan besar yang kita kesali dan kita sendiri mahu hentikan?

Itulah apa yang berlaku kepada Oppenheimer, seorang genius yang dipanggil bapa bom atom.

Setelah mencurahkan tenaga intelek yang menakjubkan, Oppenheimer yang mengetuai Manhattan Project berjaya menghasilkan senjata agong bom atom yang kemudian mengubah segala – galanya.

Oppenheimer kemudian melihat ciptaan kesayangannya itu dijatuhkan ke atas negara Jepun yang sudah pun hampir kalah dan lantas menyebabkan kemusnahan yang tidak terbayang.

Beliau mula menjadi ketar, beliau rasakan beliau bakal menjadi punca kemusnahan manusia, dan beliau kata kepada Presiden U.S ketika itu:

Tuan Presiden, tangan saya berdarah

Beliau kemudian dihalau dan dipanggil saintis manja.

Oppenheimer kemudian berjuang supaya masyarakat antarabangsa mengawal penggunaan kuasa nuklear, tapi beliau kemudian dimalukan, dan kuasa politik beliau dilucutkan.

Komen beliau tentang bom atom adalah antara rakaman video yang paling menggerunkan di Internet.

Imam Ahmad

Tak ada siapa yang boleh nafikan betapa geniusnya Imam Ahmad.

Beliau merupakan salah seorang imam besar mazhab, menghafal al Quran seawal usia 10 tahun, menguasai serta menghafal ratusan ribu hadis.

Namun kisah hidup ulama besar ini yang sepatutnya dihormati dan disanjungi bukanlah kisah yang senang dan indah, apabila beliau diuji dengan mehnah dan tribulasi.

Iaitu apabila pemerintah ketika itu, khalifah al Makmun dikuasai pemikiran Mu’tazilah.

Al Ma’mun memaksa ulama – ulama pada zamannya untuk memperakui bahawa al Quran adalah makhluk, jika tidak mereka akan diseksa dan dipenjara.

Maka ada sebahagian ulama yang berhelah untuk menyelamatkan diri mereka, pada masa yang sama mereka masih memelihara aqidah mereka. Diceritakan bahawa ulama – ulama tersebut menunjukkan tangan mereka, menunjuk pada jari, dan mengatakan bahawa “Taurat, Zabur, Injil dan Quran, semua ini adalah makhluk”. Semua ini itu merujuk kepada jari – jari mereka.

Tapi tak bagi Imam Ahmad. Beliau tetap bertegas bahawa al Quran bukan makhluk. Beliau kemudian akhirnya dipenjara dan disebat serta diseksa bertahun – tahun.

Ketika ditanya “mengapa tuan tidak berhelah saja seperti ulama yang lain?”, jawab Imam Ahmad “Ribuan orang sedang menunggu apa kata Imam Ahmad pada fitnah ini. Jika aku sorokkan kebenaran hanya untuk selamatkan diriku, maka aku akan bertanggungjawab menyebarkan fitnah ini”

Akhirnya pengorbanan Imam Ahmad ini disanjung dan beliau digelar sebagai Imam Ahlussunnah.

Nikola Tesla

Image result for nikola tesla

Nikola Tesla dianggap sebagai antara pereka cipta genius paling hebat dalam sejarah.

Tapi tak ramai yang mengenal beliau, sebaliknya lebih ramai orang yang mengenal musuh ketat beliau, Thomas Edison.

Image result for thomas edison
Thomas Edison

Thomas Edison, pencipta mentol lampu tu. Cuma beliau sebenarnya tak cipta pun mentol lampu tersebut, sebaliknya beliau membeli paten daripada orang, kemudian mempopularkan serta menjual ciptaan tersebut di bawah nama beliau.

Thomas Edison adalah seorang ahli bisnes kapitalis yang ada banyak saintis dan jurutera yang bekerja di bawah beliau, manakala Tesla pula adalah seorang genius eksentrik Serbia yang ada memori fotografik dan memang cintakan ilmu sains elektrik.

Pertembungan dua tokoh ini menjadi kisah menarik dalam sejarah.

Tesla sebenarnya pernah bekerja dengan Edison. Edison tawarkan 50 000 dolar (lebih kurang 1 juta dollar masa sekarang) untuk selesaikan masalah mesin arus terus (direct current) miliknya.

Tapi setelah Tesla berjaya baiki masalah tersebut, Edison ketawa sambil kata

Tesla, kamu tak kenal lawak orang Amerika.

Tesla kemudian rasa marah dan dimalukan, lantas berhenti bekerja dengan Edison dan mencipta sistem arus ulang – alik (alternating current).

Sistem arus ulang – alik ini mencabar Edison yang mahu menjual sistem arus terus miliknya.

Jadi apa Edison buat? Beliau cuba jatuhkan reputasi sistem arus ulang – alik Tesla dengan cara membayar budak – budak sekolah untuk tangkap kucing dan anjing hidup – hidup, kemudian bunuh binatang – binatang itu menggunakan arus elektrik ulang – alik Tesla. Edison cuba tunjukkan bahawa arus ulang alik itu bahaya.

Makmal Tesla juga kemudian terbakar, memusnahkan ratusan ciptaan dan hasil kajiannya. Ada yang mengatakan bahawa ini usaha sabotaj.

Bagaimanapun, hal yang menjatuhkan Tesla pada akhirnya hakikatnya bukanlah sabotaj atau tindakan musuh – musuh beliau. Tapi sikap dan pandangan hidupnya yang pelik dan luar biasalah yang merosakkan hidupnya.

Projek yang menjatuhkan Tesla ternyata merupakan projek mega beliau untuk menyalurkan tenaga dan komunikasi percuma tanpa wayar kepada seluruh dunia melalui satu pencawang elektrik gergasi.

Tapi kemudian pelabur sedar bahawa tenaga percuma tidak akan dapat mendatangkan keuntungan, maka mereka tarik diri daripada projek tersebut sehingga Tesla jatuh bankrap dan terpaksa menjual serpihan – serpihan besi pencawangnya untuk membayar hutang.

Tesla kemudian hidup dalam kemiskinan, beliau tiada kawan melainkan burung – burung merpati peliharaannya dan akhirnya beliau mati seorang diri dalam bilik hotel di New York.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts