Kementerian Pendidikan memaklumkan, bahawa sebanyak 38 program akademik di 19 universiti awam (UA) seluruh negara digugurkan dan tidak lagi akan diajarkan.
Kenapa begitu?
Punca utama yang dilaporkan adalah kerana kursus – kursus tersebut dilihat tidak lagi relevan untuk masa depan. Graduan yang mengambil program akademik tersebut tidak peroleh peluang pekerjaan yang baik, seperti mana kehendak industri.
Berikut adalah senarai kursus yang digugurkan:
Universiti Malaya (UM)
- Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanik (Reka Bentuk Produk)
- Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Alam Sekitar)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
- Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Kuasa & Pemacu) dengan kepujian
- Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri) dengan Kepujian
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- Sarjana Muda Sains Sukan (Psikologi Sukan)
- Sarjana Muda Teknologi Pendidikan (Keusahawanan dan Perdagangan)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil Industri) Dengan Kepujian
- Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi dan Komputer) dengan Kepujian
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Awam dan Sekitaran)
- Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Pembuatan)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Kejuruteraan (Elektrik-Telekomunikasi)
- Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran Industri)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
- Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Skrin)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Bacelor Pendidikan (Pendidikan Sekolah Rendah)
- Sarjana Pengurusan Air
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan)
- Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam – Sekolah Rendah)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Sarjana Sains (Falsafah dan Ketamadunan)
- Sarjana Sains Kaunseling.
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Sarjana Muda Ekonomi (Ekonomi Industri)
- Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Telekomunikasi)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Sarjana Ekonomi (Ekonomi Kewangan)
- Sarjana Ekonomi (Ekonomi Perancangan dan Pembangunan)
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
- Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Fotonik)
- Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Rangkaian Komputer)
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
- Sarjana Kejuruteraan (Bio-Proses)
- Sarjana Kejuruteraan (Kimia)
Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
- Sarjana Muda Siberologi (Animasi dan Ludologi)
- Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Reka Bentuk Komunikasi)
Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Sarjana Sains (Perbankan Islam)
- Sarjana Sains (Teknokeusahawanan)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah rendah) dengan Kepujian
Universiti Sains Malaysia (USM)
- Sarjana Muda Saina ( Perumahan, Pembangunan & Perancangan) (Kepujian) (Perancangan Bandar & Wilayah)
- Sarjana Muda Sains (Perumahan, Pembangunan & Perancangan) (Kepujian) (Rekabentuk Dalaman)
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
- Sarjana Sains (Kimia)
- Sarjana Sains (Matematik)
Menariknya, kebanyakan program yang digugurkan itu adalah berkaitan pengajian sains dan kejuruteraan yang kebiasaannya menjadi pilihan ‘pelajar cemerlang’.
Antara kebimbangan utama yang menatijahkan keputusan tersebut adalah dikhuatiri ia tidak selari dengan revolusi Industri 4.0.
Revolusi industri 4.0 atau secara mudahnya lebih dikenali sebagai IR. 4.0 itu dicirikan oleh pelbagai teknologi terkini dan futuristik seperti teknologi automasi, machine learning dan big data, kepintaran buatan atau AI, teknologi robotik serta Internet of Things (IoT).
Revolusi ini lebih menuntut graduan dan masyarakat untuk cepat beradaptasi dengan teknologi, atau kita akan kalah sepenuhnya dengan robot dan AI.
Lebih membimbangkan, ketika desakan penguasaan teknologi semakin kritikal, bidang STEM (Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik) pula semakin merosot di Malaysia.
Pelajar – pelajar semakin ramai yang meninggalkan STEM kerana dianggap terlalu sukar. Kini, ditambah dengan prospek kerjaya yang semakin tidak menentu walau graduan STEM, nampaknya kita perlu lakukan sesuatu yang drastik sebelum lanskap pendidikan kita rosak yang tidak dapat dibaiki lagi.
Sokong pendidikan luar buku teks: https://www.billplz.com/ajar
Bantu anak miskin bandar cintakan sains: https://www.billplz.com/FantaSainsPPR