Channel Youtube Ini Dedah Bagaimana Keadaan Bahasa Melayu Tanpa Pengaruh Arab, Inggeris, Sanskrit, Hokkien.

Sebuah saluran Youtube bernama Beka Melayu agak istimewa kerana menghasilkan kumpulan istilah Bahasa Melayu seharian yang bebas daripada pengaruh bahasa asing.

https://www.youtube.com/watch?v=dNXGz85MT44

Beka Melayu adalah Bahasa Melayu sekiranya tiada pengaruh asing di mana perkataan Inggeris, Arab, Sanskrit, Hokkien, Tamil dan sebagainya digantikan dengan inovasi Melayu Jati dan seumpanya seperti Minangkabau, Iban, Jawa, Tagalog dan sebagainya.

Menurut Beka Melayu:

Dan fahamkah anda dengan ayat di bawah?”

Penempur Sesana adalah orang yang bergarap untuk menularkan gumbar keampuan di jejaring terjulungnya dalam Sarana Lingkung.

Maksudnya menurut bahasa moden adalah “Lasykar Siber adalah orang yang bekerja untuk memviralkan propaganda politik di Internet terutamanya dalam Media Sosial”>

Saluran Youtube yang baru dibangunkan ini memuat naik frasa – frasa tertentu dengan kekerapan 2 ke 3 video seminggu.

Untuk rujukan lanjut tentang beka Melayu: https://www.thepatriots.asia/beka-melayu-lumpuk-ujar-dalam-pemerintahan/

Exit mobile version