Lysine untuk tambah selera makan – benar atau mitos?

Untuk yang sudah berkeluarga, pernahkah anak-anak anda susah nak makan, bagi itu tak mahu, ini tak mahu, sudahnya badannya kurus dan beratnya sampai tahap yang membimbangkan. Dan pernahkah juga, semasa dalam situasi itu, setelah pelbagai usaha telah dibuat, anda pergi ke farmasi untuk mencari supplement untuk tambah selera? Saya 99% yakin pekerja farmasi akan cuba jual supplement yang berasaskan lysine, dan akan cuba yakinkan kita bahawa lysine adalah bagus untuk tambah selera makan, kebiasannya untuk budak-budak. Tapi benarkan lysine ini terbukti berkesan untuk tambah selera makan sekaligus naikkan berat badan anak-anak kecil?

Lysine ialah satu asid amino yang diperlukan namun tidak boleh dihasilkan oleh badan dan harus datang daripada diet. Sebagai panduan, terdapat sembilan asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh badan (essential amino acid), manakala 11 lagi boleh dihasilkan dalam badan (non-essential amino acids). Kesemua asid amino ni adalah bahan binaan untuk membuat protein di mana protein berlainan akan menggunakan asid amino berlainan dan berlainan pula cara pembinaannya. Protein- protein ini sangat penting untuk pelbagai fungsi badan seperti penghadaman, pengaliran darah, detoksifikasi di hati, pembuatan hormone dan sistem imun. Lysine ini boleh didapati dalam kebanyakan makanan berprotein seperti ayam, daging lembu, kambing, ikan, udang, telur dan produk tenusu.

 Antara fungsi asas lysine ialah:

  • Mampu merawat penyakit cold sores (lysine ialah antagonist/lawan kepada asid amino arginine yang dikatanya makanan kepada Herpes Simplex Virus).
  • Mampu kurangkan kegelisahan (anxiety) dengan menurunkan hormone stress (kortisol).
  • Meningkatkan penyerapan kalsium, zink dan zat besi.
  • Memperbaharui pembuatan kolagen (mempercepat penyembuhan luka, pembuatan salur darah, pembuatan tulang dll.)
  • Menyokong sistem imun badan
  • Mampu kurangkan kolesterol dan memperbaharui tindakbalas kepada glukosa (glucose response).
  • Mampu mempercepat pemulihan selepas senaman.

Pelbagai kertas kajian, journal dan artikel demi pencarian perkaitan lysine dengan selera makan (untuk manusia) tidak membuahkan hasil. Kebanyakannya lebih kepada fungsi asid amino itu sendiri kepada badan, hampir serupa dengan fungsi asid amino yang lain – lebih kepada pembuatan dan pembaikan sel-sel badan. Supplemen lysine untuk menambah selera makan anak-anak adalah dusta semata-mata dan mitos.

        Namun, jika masih ingin meningkatkan selera makan anak-anak, ibu bapa boleh cuba untuk memberikan supplement yang mengandungi zink kepada mereka. Hal ini kerana, selain daripada pelbagai fungsi lain zink, ia juga terlibat dalam pemberian rasa dan bau (sense of smell and taste) manusia (untuk orang dewasa juga). Zink terlibat sebagai “pembantu” kepada enzim yang memberikan deria rasa untuk manusia, sekali gus akan membuatkan anak-anak mahu makan apa-apa yang diberikan kepada mereka. Selain itu, zink juga menyokong pembuatan protein dan tumbesaran badan serta penting untuk sistem imun.

        Zink boleh didapati dalam makanan berprotein tinggi juga, sama seperti lysine. Bagi mereka yang amalkan veganism atau vegetarian adalah dalam kesusahan kerana zink dalam sumber tumbuh-tumbuhan adalah sukar untuk diserap oleh badan. Ibu bapa juga boleh cuba mempelbagaikan lagi cara penyediaan makanan yang membolehkan anak-anak makan dan tanya mereka apa yang mereka suka makan.

Beberapa tips lagi untuk meningkatkan berat badan mereka:

  • Makan hidangan kecil (smaller meals) secara kerap
  • Minum kalori cecair seperti jus buah.
  • Kurangkan makanan berserat untuk elakkan daripada cepat kenyang
  • Masukkan bahan yang tinggi kalori dalam masakan: minyak, mentega, kekacang, susu

        (Penulis adalah bekas ahli nutrisi di sebuah farmasi dan mempunyai pengalaman dalam pengendalian pelanggan terutamanya ibu bapa yang datang untuk supplemen lysine)


[1] https://www.medicalnewstoday.com/articles/324019

[2] https://www.healthline.com/nutrition/lysine-benefits

[3] https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0032579119491736

[4] https://www.nature.com/articles/s41598-017-01555-0

[5] https://newatlas.com/amino-acids-activate-satiety-response/51526/

[6] https://www.mdpi.com/2072-6643/12/3/775/pdf

Total
8
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts