Boleh Ke Malaysia Mempunyai Gunung Berapi?

Rakyat Malaysia perlu merasa bersyukur kerana kerap kali terlepas daripada bencana alam yang besar seperti tsunami, gempa bumi dan letusan gunung berapi. Semua bencana ini selalunya terjadi di negara berdekatan dengan Malaysia seperti Indonesia dan Filipina. Jadi, persoalannya,

“Kenapa Malaysia tak diancam?”

Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu melihat beberapa faktor penting yang menjadikan Malaysia terselamat daripada bencana alam tersebut. Sebelum itu,  mari kita belajar tentang lapisan bumi yang memainkan peranan penting kepada semua bencana tersebut.

Lapisan Bumi

Bumi mempunyai empat lapisan utama iaitu kerak bumi, mantel, teras luar dan teras dalam. Setiap lapisan mempunyai ciri-ciri tertentu. Tidak semua lapisan bumi ini keras membatu, ada juga yang mempunyai ciri-ciri separa-solid. Manusia telah banyak melakukan projek menebuk bumi semata-mata ingin mengetahui keadaan dalam bumi mahupun mencari kehidupan bawah tanah.

1. Kerak Bumi (Crust)

Ketebalan kerak bumi dianggarkan kurang daripada 100 km. Setiap tempat dibumi akan mempunyai ketebalan kerak berbeza. Kerak bumi kita boleh andaikan sebagai nipis dan mudah retak (macam kulit telur bila diketuk). Serpihan retak itu geologist menggelarkan sebagai tectonic plates. Perglanggaran antara plat tektonik mampu menyebakan pelbagai jenis bencana alam dan perubahan bentuk benua. Lapisan kerak bergerak lebih kurang 5 cm setiap tahun.

2. Mantel

Lapisan ini adalah yang paling tebal (<3000km ke dalam). Unsur utama mantel adalah iron (Fe), magnesium (Mg), dan silicon (Si). Suhu dalamnya juga sangat padat dan wujud sebagai semi-solid. Seperti lapisan kerak, mantel juga bergerak di terasnya tetapi kelajuan yang lebih perlahan.

3. Teras luar

Teras ketiga ini terdiri daripada unsur iron (Fe) dan nikel (Ni). Dianggarkan jarak kedalamanya adalah 5180 hingga 2880 kilometers dari permukaan. Teras ini wujud dalam bentuk cecair yang sangat panas dan terjadi arus pergolakkan (turbulent currents) yang menghasilkan arus eletrik. Suhu teras ini sangat panas kerana terdapat aktiviti pelakuran nuclear daripada unsur uranium (U) dan thorium (Th).

4. Teras dalam

Bayangkan di dalam bumi, terdapat bebola kecil yang mempunyai suhu hampir sama dengan permukaan matahari. Itulah gambaran teras dalam. Teras keempat ini adalah sebuah bola besi yang padat dengan radius 1220km (lebih kurang panjang Phuket ke Johor Bharu).Tediri daripada unsur iron (Fe) dan nikel (Ni). Jarak daripada permukaan bumi adalah kurang daripada 6400km. Sama seperti lapisan lain yang bergerak, teras dalam mempunyai pergerakkan yang lebih pantas daripada yang lain.

Malaysia Terlepas daripada Lingkaran Api Pasifik

Malaysia sebenarnya berada diluar lingkaran api pasifik. Indonesia, Jepun dan beberapa negara lain berada diatas lingkaran api pasifik. Oleh sebab itu mereka mempunyai banyak aktiviti gunung berapi yang aktif.

Seperti kita sebut diatas, plat tektonik mampu bergerak sebanyak 5cm setahun.Walaupun pergerakkanya sangat perlahan, namun aktiviti ini mampu menyebabkan gempa bumi dan tsunami. Pergerakkan tektonik yang terjadi pada lantai laut akan menghasilkan gempa bumi serta tsunami. Selain itu, negara yang berada pada kerak bumi juga turut akan berubah tempat sehingga mampu memasuki lingkaran api ini.

“Ok, sekarang mari kita cuba kaitkan lapisan bumi, pergerakkan tektonik dan kenapa Malaysia terselamat.”

Lingkaran api pasifik inilah punca sebenar kejadian gunung berapi. Disebabkan Malaysia telah melepasi kawasan ini, maka zaman sekarang, negara Indonesia pula telah berada di atas lingkaran api tersebut. Kerana itulah Indonesia menghadapi letusan gunung berapi, gempa bumi dan tsunami dengan sangat banyak. Apabila plat tektonik ini bergerak dan bertembung antara satu sama lain, secara tidak langsung tekanan di bawah tanah akan meningkat sehingga menyebabkan gunung-gunung meletuskan gas beracun dan lava panas. Lava datang daripada ruang Magma yang berada di permukaan atas mantel dan akan ditolak keluar daripada gunung sebagai cecair pekat dan panas (dipanggil lava).

Menurut sejarah, ahli geologi telah memberitahu bahawa kedudukan Malaysia sebenarnya pernah berada di kawasaln lingkaran ini. Maknanya, Malaysia pernah menghadapi letusan gunung berapi pada zaman dahulu. Bukti arkeologi telah mengesahkan fakta ini melalui penemuan batuan gunung berapi di Kuantan, Segamat,Grik, Gua Musang, Tawau dan Semporna.

Andaikata suatu hari nanti plat tektonik ini bergerak dan Malaysia memasuki semula lingkaran api, maka Malaysia berpotensi melihat aktiviti gunung berapi dan gempa bumi sama seperti Indonesia. Namun berjuta tahun lagi-lah baru merasa.

Rujukan

1. Explainer: Earth layer by layer. https://www.sciencenewsforstudents.org/article/explainer-earth-layer-layer

2. Seven hot fact about the pacific ring of fire. https://science.howstuffworks.com/environmental/earth/geology/ring-of-fire.htm

3. Magma role in the rock cycle. https://www.nationalgeographic.org/article/magma-role-rock/

4. Volcanoes: How often do they erupt and what happens when they do? https://www.abc.net.au/news/science/2017-11-22/volcanoes-heres-what-happens-when-they-erupt/8997014

4. Kredit disemak oleh  : Hidayah Nizar, Bsc in Mineral Resources Engineering, USM.

Total
38
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts