UMT terus mengungguli kajian-kajian sains marin setelah sekumpulan pengkaji berjaya mengusahakan pembenihan karang (Coral Seeding Effort) dengan menghasilkan sebanyak 600,000 benih di Pulau Bidong baru-baru ini.

Menurut seorang pengkaji UMT, Associate Professor Dr Tan Chun Hong menyatakan bahawa dapatan ini merupakan kejayaan pertama di Malaysia. Kajian yang sama turut dijalankan oleh pengkaji-pengkaji sains marin di serata dunia, seperti di Australia dan Pulau Carribbean.
Proses ini memerlukan sepasang batu karang yang matang untuk bertelur. Batu karang ini dikeluarkan daripada laut untuk menjalankan proses persenyawaan ex-situ. Tiga pasang batu karang spesies acropora gemmifera telah berjaya menghasilkan 600,000 benih dengan mengambil masa selama lima hari.
Dr Tan menyatakan harapannya agar kejayaan ini menjadi pemangkin pemulihan terumbu karang pada masa hadapan memandangkan kadar kelangsungan hidup bagi larva karang yang terhasil secara semulajadi adalah sangat rendah. Hal ini kerana kebiasaannya mereka akan dimakan oleh ikan atau dibawa arus ke pantai sebelum sempat menjalani fasa akhir proses metamorfosis, iaitu proses perubahan struktur fizikal si anak untuk menjadi matang dan dewasa.
Maka, Seeding Effort ini amat diharapkan dapat memulihkan saiz populasi karang di Malaysia. Walau bagaimanapun, beliau memberitahu bahawa kajian ini memerlukan tenaga dan kos yang tinggi. Maka, sukarelawan dan pihak yang sanggup memberi sumbangan dan tajaan adalah sangat diperlukan bagi memastikan kesinambungan usaha ini di Malaysia.

https://www.nationalgeographic.com/science/article/scientists-work-to-save-coral-reefs-climate-change-marine-parks
Semoga kepentingan usaha ini mendapat perhatian pihak kerajaan dan pihak berkaitan untuk memastikan ekosistem marin di Malaysia terus terpelihara. Sesungguhnya terumbu karang ini bukan sekadar penghias lautan, tetapi berfungi untuk menyumbang kepada keselamatan dan kestabilan bumi kita.
Akhir sekali, tahniah UMT!
Sumber : Bernama