Tak suka matematik? Kajian ini sarankan guna gerak isyarat

Kesusahan dan kerumitan mempelajari matematik tidak hanya membelenggu pelajar-pelajar di Malaysia, tetapi seluruh dunia.

Terbaru, University of South Australia mengeluarkan kajiannya tentang kemerosotan pelajarnya dalam mempelajari matematik. 

Jika 20 tahun lalu, Australia berada di kedudukan ke-11 dunia dalam Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) OECD untuk matematik, statistik terbaru menunjukkan kedudukan terkini Australia merosot di tempat ke-29 daripada 38 buah negara.

Hal ini telah mengundang perdebatan soal perubahan kurikulum yang perlu dilaksanakan. Namun, satu kertas antarabangsa baharu yang dikarang bersama oleh ahli psikologi kognitif Universiti South Australia Dr Fernando Marmolejo-Ramos boleh dijadikan sebagai sebahagian solusi.

Diterbitkan dalam Psikologi Integratif dan Sains Tingkah Laku, kertas ini menyelam awal ke dalam beberapa konsep psikologi dan kajian tingkah laku terdahulu yang telah melihat menggunakan gerakan tangan dan gerak isyarat untuk meningkatkan penglibatan kognitif peringkat tinggi bagi mendapatkan pembelajaran yang berkesan. Berdasarkan kefahaman itu, kajian mencadangkan kaedah memindahkan dan menterjemah konsep dan penemuan tingkah laku ini untuk mengajar kanak-kanak sekolah rendah konsep asas matematik seperti bentuk, isipadu, dan kuantiti.

Penyelidik bersama daripada China, Iran dan Australia mencadangkan untuk menggunakan gerak isyarat dan pergerakan tangan dalam membantu penglibatan pelajar dan meningkatkan pemahaman mereka dalam pembelajaran matematik. 

Menurut Dr. Marmolejo-Ramos, ramai pelajar yang bergelut untuk mempelajari matematik dan telah wujud banyak keresahan disebabkan topiknya yang abstrak. Kita boleh melihat nombor, persamaan dan graf, tetapi sukar untuk difahami sekiranya tidak digabungkan dengan kemahiran motor dan deria manusia. Malah, untuk mempelajari matematik, umpama kita mempelajari bahasa baru.

Oleh itu, untuk memahami konsep matematik, adalah penting untuk menggabungkan bahasa, intonasi pertuturan, mimik muka dan gerak isyarat tangan, terutamanya yang terakhir, kata para penyelidik.

“Menggunakan tangan untuk mencipta bentuk segi tiga, sfera, bulat dan garis lurus, mencerminkan formula yang hendak cuba terangkan, adalah penting. Hal ini dapat membantu otak kita memahami konsep dengan lebih baik dan memasukkannya ke dalam ingatan.”

Sejak bayi, gerak isyarat adalah pergerakan badan yang dipelajari, biasanya sebelum bercakap. Maka, ia sudah sebati dalam diri manusia sebagai cara memproses dan memperoleh pengetahuan baru. 

Kini, belajar matematik bukan sekadar belajar tentang bentuk. Untuk topik yang lebih maju seperti statistik, Dr. Marmolejo-Ramos menyedari kesukaran dan tidak cukup menggunakan gerak isyarat dan pembelajaran sentuhan dalam memahami dan mengajarnya. Walaubagaimanapun, beliau menekankan bahawa perkara itu tidak mustahil. Menurutnya, perkara itu memerlukan pemikiran yang teliti untuk mencipta bentuk tugas. 

Langkah seterusnya untuk penyelidik adalah menjalankan kajian sebenar dalam beberapa kumpulan kanak-kanak dari negara yang berbeza untuk menguji kaedah pengajaran yang dicadangkan ini. “Matlamat besar untuk fasa seterusnya adalah untuk mengujinya dalam tetapan yang berbeza,” kata Marmolejo-Ramos.

Artikel diterjemah dan diolah daripada artikel ScienceDaily dan Asian Scientist.

  1. “The numbers don’t lie : Australia is failing at mths and we need to find a new formula to arrest the decline”, https://www.sciencedaily.com/releases/2022/05/220517094842.htm
  2. “Young Students Hate Math? Try Gestures”, https://www.asianscientist.com/2022/06/in-the-lab/your-students-hate-math-try-gestures/

Rujukan Jurnal :

Omid Khatin-Zadeh, Zahra Eskandari, Fernando Marmolejo-Ramos. Gestures Enhance Executive Functions for the Understating of Mathematical Concepts. Integrative Psychological and Behavioral Science, 2022; DOI: 10.1007/s12124-022-09694-4

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts