Saintis ini cuba selamatkan manusia daripada nyamuk, tapi gagal?!

Apabila nyamuk betina mencari manusia untuk digigit, mereka terhidu bau unik bau badan yang kita keluarkan ke udara. Bau ini kemudiannya merangsang reseptor dalam antena nyamuk. Para saintis telah cuba menyingkirkan reseptor ini dalam percubaan untuk menjadikan manusia tidak dapat dikesan oleh nyamuk.

Walau bagaimanapun, selepas menyingkirkan seluruh keluarga reseptor pengesan bau daripada genom nyamuk, nyamuk masih mencari cara untuk menggigit manusia. Terbaru, sekumpulan penyelidik, yang menerbitkan hasil dalam jurnal Cell pada 18 Ogos, mendapati bahawa nyamuk telah mengembangkan struktur dalam sistem olfaktori-nya (olfactory system) yang memastikan mereka sentiasa dapat menghidu bau manusia.

Menurut Margo Herre yang merupakan seorang saintis di Universiti Rocketfeller dan salah seorang penulis kertas kajian ini, nyamuk telah melanggar hukum asal haiwan menghidu.

Hal ini kerana, dalam kebanyakan haiwan, neuron olfaktori hanya bertanggungjawab untuk mengesan satu jenis bau.

Scanning electron micrographs of the olfactory organs, the antennae (Ant) and maxillary palps (Mp), and (B) an individual segment of the antenna of a female Aedes aegypti,

“Jika anda seorang manusia dan anda kehilangan satu reseptor bau, semua neuron yang berkait dengan reseptor itu akan kehilangan keupayaan untuk menghidu bau itu,” kata Leslie Vosshall dari Institut Perubatan Howard Hughes dan seorang profesor di Universiti Rockefeller serta pengarang kanan kertas kajian ini. 

Tetapi, hal ini tidak berlaku pada nyamuk.

“Anda perlu bekerja lebih keras untuk menghapuskan nyamuk kerana dengan menyingkirkan satu reseptor tidak mempunyai kesan terhadap mereka,” kata Vosshall. “Sebarang percubaan masa depan untuk mengawal nyamuk dengan penghalau atau apa-apa ubatan lain perlu mengambil kira betapa kita tidak dapat memecahkan tarikan mereka kepada kita.”

Odorant receptors

“Projek ini benar-benar bermula tanpa diduga apabila kami melihat bagaimana bau manusia dikodkan dalam otak nyamuk, ” kata Meg Younger, seorang profesor di Universiti Boston dan salah seorang pengarang utama kertas kajian ini.

Selain itu, mereka mendapati bahawa neuron yang dirangsang oleh bau manusia 1-octen-3-ol juga dirangsang oleh amina, satu lagi jenis nyamuk kimia yang digunakan untuk mencari manusia. Keadaan ini adalah luar biasa kerana mengikut semua peraturan sedia ada tentang cara haiwan berbau, neuron mengkodkan bau dengan khusus, menunjukkan bahawa neuron 1-octen-3-ol tidak seharusnya mengesan amina.

“Yang mengejutkan adalah neuron untuk mengesan manusia melalui reseptor 1-octen-3-ol dan amina bukanlah populasi yang berasingan, ” kata Younger. Perkara ini mungkin membenarkan semua bau yang berkaitan dengan manusia untuk mengaktifkan “bahagian pengesan manusia” pada otak nyamuk walaupun beberapa reseptor hilang.

Dalam proses kajian ini, kumpulan ini juga menggunakan penjujukan RNA nukleus tunggal untuk melihat apa yang bakal ditunjukkan oleh neuron olfaktori daripada nyamuk lain. 

“Hasilnya memberi kita satu sudut pandang yang luas tentang bagaimana reseptor bertindak dalam nyamuk, ” kata Olivia Goldman, seorang lagi pengarang utama kertas itu.

Vosshall berpendapat bahawa terdapat serangga lain mungkin mempunyai mekanisme yang sama. Kumpulan penyelidikan Christopher Potter di Universiti Johns Hopkins baru-baru ini melaporkan bahawa lalat buah mempunyai ekspresi bersama reseptor yang serupa dalam neuron mereka. “Ini mungkin strategi umum bagi serangga yang sangat bergantung pada deria bau mereka,” kata Vosshall.

Artikel diterjemah dan diolah daripada artikel ScienceDaily.

Cell Press. “Mosquitoes have neuronal fail-safes to make sure they can always smell humans.” ScienceDaily. ScienceDaily, 18 August 2022. <www.sciencedaily.com/releases/2022/08/220818122351.htm>.

Rujukan asal kajian :

  1. Margaret Herre, Olivia V. Goldman, Tzu-Chiao Lu, Gabriela Caballero-Vidal, Yanyan Qi, Zachary N. Gilbert, Zhongyan Gong, Takeshi Morita, Saher Rahiel, Majid Ghaninia, Rickard Ignell, Benjamin J. Matthews, Hongjie Li, Leslie B. Vosshall, Meg A. Younger. Non-canonical odor coding in the mosquito. Cell, 2022; 185 (17): 3104 DOI: 10.1016/j.cell.2022.07.024

Sumber gambar :

BMC, “Receptors that help mosquitoes smell us.”, https://blogs.biomedcentral.com/bugbitten/2019/04/19/receptors-help-mosquitoes-smell-us/

Adi Channel, “Inilah Sebabnya Kenapa Anda Kerap Digigit Nyamuk Berbanding Orang Lain”, https://www.adichannel.com/2021/01/Kerap-digigit-nyamuk.html

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts