Apa nak buat dengan gajet-gajet lama dan sisa elektronik yang lain?

Dalam dua bulan lalu, Apple, Google dan Samsung telah melancarkan telefon pintar baru dan peranti lain dengan matlamat bahawa para pengguna akan menaik taraf telefon pintar dan peranti mereka menjelang cuti. Tetapi dalam proses itu, syarikat-syarikat ini dan syarikat seumpama mereka mungkin juga menambah masalah yang sudah meningkat, iaitu sisa elektronik.

Jangka hayat yang terhad bagi alat-alat berteknologi ditambah pula dengan beberapa pilihan untuk membaiki peranti yang lebih lama, telah menyebabkan isu e-sisa meningkat saban tahun. Data United Nation menunjukkan bahawa dunia telah menghasilkan 53.6 juta tan metrik e-sisa pada tahun 2019, dan hanya 17.4% daripadanya telah dikitar semula.

Oleh itu, hari Jumaat yang menandakan hari E-Sisa Antarabangsa menjadi peluang tahunan untuk memikirkan kesan sisa elektronik dan bertindak ke arah membaiki atau mengitar semula sisa-sisa ini. Sebuah organisasi yang berpangkalan di Brussels yang menerajui Forum Waste Electrical and Electronic Equipment (WEE) sejak 2018, meletakkan fokus tahun ini pada tindakan menguruskan e-sisa kecil yang mungkin disimpan oleh ramai orang secara tidak sengaja, termasuk telefon bimbit lama, fon kepala, alat kawalan jauh dan tetikus komputer.

Isu e-sisa ini adalah lebih daripada sekadar membersihkan ruang dalam laci sampah anda.

Agensi Perlindungan Alam Sekitar AS berkata sebahagian besar e-sisa dihantar ke negara membangun yang tidak mempunyai keupayaan untuk menolak proses import atau infrastruktur ini untuk mengitar semulanya dengan selamat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia juga memberi amaran bahawa kanak-kanak sering menggunakan tangan kecil mereka untuk memproses e-sisa ini untuk mencari unsur-unsur berharga seperti tembaga, perak dan banyak lagi. WHO menyatakan bahawa lebih 18 juta kanak-kanak terdedah kepada pelbagai kesan kesihatan negatif apabila mereka terlibat dalam industri pemprosesan e-sisa tidak formal ini.

Maka, berikut merupakan beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengurus telefon lama, komputer riba dan pengecas yang anda simpan di rumah untuk meringankan beban e-sisa.

Sarung komputer riba lama disusun di rak di bengkel NGO tempatan Electronic Waste Initiative Kenya (E-WIK) semasa NGO itu mengumpul sisa elektronik untuk diproses, dikitar semula dan digunakan semula di penempatan tidak formal di Nairobi, Kenya, pada 3 Disember 2021.

Cari perkhidmatan pelupusan e-sisa

Jika anda tinggal di kawasan yang menawarkan perkhidmatan pelupusan e-sisa (sama ada melalui tarikh pengambilan tertentu atau di lokasi penghantaran), pakar mengatakan bahawa hal itu antara cara paling mudah dan paling intuitif untuk mengosongkan alat lama.

Pelbagai pihak telah muncul dalam beberapa tahun belakangan ini untuk memberi pilihan kepada pengguna dalam hal melupuskan peranti secara bertanggungjawab. Kumpulan e-Stewards dan Sustainable Electronics Recycling International masing-masing menawarkan perisian dalam talian untuk mencari pusat kitar semula yang telah diperakui oleh mereka.

Kesan kolektif kitar semula e-sisa boleh mengejutkan kita. Bagi setiap 1 juta telefon bimbit yang dikitar semula, EPA mengatakan bahawa 35,000 paun tembaga, 772 paun perak, 75 paun emas dan 33 paun paladium boleh diperolehi semula.

Semak dengan peruncit

Jika anda tidak menemui pusat kitar semula berdekatan, senarai peruncit utama yang semakin meningkat, turut mempunyai program yang membolehkan pelanggan membawa masuk e-sisa untuk dikitar semula. Malah, banyak pengeluar, termasuk Apple (AAPL), mempunyai program yang menawarkan kredit atau kitar semula percuma sebagai pertukaran untuk alat dagangan terpakai. Google (GOOG), sebagai contoh, menawarkan pilihan untuk meminta label penghantaran percuma untuk mel dalam beberapa alat dan elektronik terpakai untuk dikitar semula.

Jangan tergesa-gesa untuk menaik taraf alat elektronik

Penyokong alam sekitar berkata langkah paling penting untuk menangani masalah e-sisa yang semakin meningkat adalah dengan mencuba untuk menggunakan elektronik anda selama mungkin.

Sementara pengeluar teknologi mendapat kecaman kerana taktik yang bertujuan untuk membuat anda menaik taraf alat elektronik anda, penggubal dasar baru-baru ini telah membuat perubahan untuk mendorong syarikat memudahkan pelanggan membaiki alat elektronik pengguna dan menyokong kebangkitan pergerakan Hak-untuk-Baiki.

Awal tahun ini, Apple dan Samsung melancarkan kedai pembaikan layan diri mereka, yang menawarkan alat ganti untuk pengguna yang mencari pembaikan-buat-sendiri untuk telefon pintar mereka. Google juga mengumumkan akan menawarkan bahagian Pixel tulen untuk DIY di kedai dalam talian tahun ini.

Artikel diterjemahkan daripada artikel “What to do with your old phones, gadgets and other e-waste” di portal CNN Business di pautan https://edition.cnn.com/2022/10/14/tech/e-waste-tips/index.html

Sumber gambar : Akhbar The Star

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts