Bermula abad ke 8, dunia Islam dari Spain, sehingga Baghdad telah mula mencipta dan menggunakan teknologi air yang paling maju di dunia ketika itu dalam pengurusan air kepada masyarakat. Islam sangat mengambil berat tentang kebersihan dan kehidupan seharian komuniti. Pentingnya air ini sehinggakan ditulis buku khas dengan tajuk Kitab al-Ma’a (Kitab Air) yang ditulis oleh Ibn Al-Thahabi.
Antara pelopor kepada inovasi air ini ialah Al-Jazari yang mencipta beberapa ciptaan terkenal seperti jam air gajah dan pam selingan air .
Tapi tahukah di sana ada beberapa lagi inovasi menarik yang dilakukan di dunia Islam? Antaranya :
- Noria (kincir air)
Noria atau dalam bahasa Arab asalnya ialah Na’urah iaitu kincir air. Kincir air ini yang dibangunkan dan dikembangkan di Andalus oleh Ibn Bassal. Kemudian al-Jazari memperbaharui dan memperkenalkan teknik yang lebih efesien. Norias ini berfungsi dengan membawa air ke bandar dan ladang-ladang melalui aqueducts. Di Abad ke-10, Muhammad Bin Zakaria al-Razi menggambarkan bahawa satu kincir air di Iraq ketika itu mampu mengalirkan kira-kira 153,000 ribu liter sejam ! Ini hampir kepada teknologi kincir air zaman moden ini iaitu mampu membawa 288,000 ribu liter air. Cukup hebat teknologi dan inovasi di abad tersebut!
- Pembinaan Terowong Air (Qanats)
Walaupun terowong air bawah tanah ini merupakan satu teknik yang diwarisi oleh dunia islam, tetapi ketika bawah era Islam dahulu teknik ini dibangunkan dengan lebih maju dan hebat selari dengan pembangunan ilmu matematik yang membolehkan hidrologi dan mesin ini direvolusikan. Qanat tertua terletak di Parsi dan ilmu pembinaan terowong air bawah tanah ini dibangun dan dibawa ke Cordoba membolehkan kawasan Andalusia mempunyai saluran air yang hebat. Bayangkan sebuah padang pasir yang panas seperti Mesir mampu disuburkan dan hidupkan melalui sistem pengairan bawah tanah ini ketika zaman dahulu ! Sehinggakan di dunia Islam diwujudkan Tribunal Air bagi menyelesaikan pergaduhan atau pergaduhan berkenaan air. Begitu penting air ini dihargai.
- Hammam (Tandas awam)
Mungkin kita berasa tandas awam sebagai tempat biasa-biasa dan pernah menjadi tempat tidak bermoral di Rom. Di dunia Islam dahulu disebabkan oleh Islam mengangkat kepentingan kebersihan manusia, maka salah satu inovasi yang dikembangkan oleh dunia Islam dahulu terutama di zaman Mamluk dan Uthmaniyyah ialah Hammam (tandas awam). Hammam ini merupakan tempat mandi, sosial masyarakat Islam yang mana merupakan satu tempat rehat dan juga tempat pertemuan masyarakat dalam menghidupkan hubungan sesama mereka. Tetapi Hammam ini bukan sekadar menjadi tempat bersosial, juga disini bakal pengantin dibawa ke hammam, untuk dimandikan, dibersihkan dan dipakaikan inai sebelum perkahwinan. Hammam di dunia Islam sangat menjaga batasan moral yang mana kaum lelaki tidak dibenarkan masuk ketika wanita menggunakan hammam dan juga sebaliknya. Malah lelaki dikehendaki memakai pakaian menutup aurat untuk masuk mandi. Begitu tinggi sekali budaya Islam memuliakan manusia.
Sumber gambar artikel : https://science.howstuffworks.com/environmental/earth/geophysics/h2o.htm