Inilah kelemahan wang kertas!

Wang kertas merupakan mata wang kertas rasmi negara yang diedarkan untuk transaksi yang terlibat dalam urusan jual beli barangan atau perkhidmatan. Percetakan wang kertas biasanya dikawal oleh bank pusat negara untuk mengekalkan aliran dana selaras dengan dasar monetari negara.

Sumber : Microsoft Bing

Penggunaan wang kertas ini berasal dari negara China sejak wujudnya Dinasti Tang, yang memerintah antara abad 618 hingga 907. Dinasti ini telah menggunakan mata wang ini untuk jangka masa yang lama sebelum penggunaannya “merebak” ke negara lain.

Pada tahun 1700-an, wang kertas mula berkembang di Eropah. Pada masa itu, bank rasmi kerajaan Perancis mula mengeluarkan kertas yang bertindak sebagai wang. Idea ini datang dari melihat tindakan tukang emas, yang memberi orang resit untuk emas yang mereka simpan. Orang ramai boleh menukar resit untuk emas di kemudian hari.

Di Amerika Syarikat, wang kertas dianggap sebagai wang fiat. Ini bermakna ia tidak mempunyai nilai sebenar kecuali sebagai medium pertukaran. Sebelum tahun 1971, ini tidak berlaku; wang kertas Amerika Syarikat disokong oleh sejumlah emas, yang ditentukan oleh Rizab Persekutuan negara terbabit. Dalam erti kata lain, wang fiat ini adalah matawang yang tidak disandarkan pada komoditi.

Antara kelemahan wang kertas yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut:

  • Kelemahan yang paling ketara ialah wang kertas tidak mempunyai nilai intrinsik.

Dalam erti kata lain, jumlah bahan menjana wang tidak sepadan dengan nilai muka wang. Atas sebab ini, percetakannya mewujudkan ketidakstabilan dalam ekonomi. Dan ini mengakibatkan kelemahan seperti dibawah ini.

  • Nilai wang kertas yang tidak tetap mewujudkan ketidakstabilan dalam ekonomi.

Nilai wang kertas tertakluk terhadap perubahan yang kadangkala drastik, maka terdapat ketidakstabilan dalam nilainya. Turun naik dalam nilai wang kertas menjana suasana ketidakpastian dalam ekonomi yang seterusnya menggalakkan aktiviti spekulatif. Kestabilan nilai yang kurang, juga, atas sebab ia hanya mempunyai satu penggunaan, iaitu, penggunaan kewangannya. Terlalu banyak wang dicetak akan mengurangkan nilainya dan boleh menyebabkan inflasi (iaitu, kenaikan paras harga) dan terlalu sedikit wang pula akan menaikkan nilainya tetapi mengakibatkan deflasi (iaitu, kejatuhan tahap harga).

  • Wang kertas yang dicetak melebihi keperluan kerana ia boleh menyebabkan inflasi.

Mencetak terlalu banyak wang kertas lebih daripada apa yang diperlukan walaupun untuk mengekalkan pertumbuhan sederhana juga boleh membawa kepada kadar inflasi yang tinggi. Sekiranya inflasi tidak terkawal, ia boleh membawa kepada hiperinflasi pula. Logam, sebaliknya mempunyai penggunaan yang sama atau lebih besar dalam seni, yang mana permintaannya agak berterusan. Oleh itu, jumlah permintaan untuk logam adalah lebih luas daripada permintaan untuk wang kertas, dan nilainya stabil. Untuk makluman, perubahan dalam bekalan wang boleh dibuat atas kehendak kerajaan.

  • Wang kertas hanya boleh diterima dalam ekonomi domestik, dan bukan untuk membuat pembayaran pertukaran asing.

Bidang peredaran wang kertas sangat terhad; emas akan diterima di peringkat antarabangsa tetapi wang kertas hanya diterima di negara yang mengeluarkannya; ia tidak boleh digunakan dalam penempatan antarabangsa. Oleh itu, nilainya bergantung pada kekangan kawasan yang terhad, manakala sebagai contoh, turun naik daripada nilai emas, adalah lebih baik kerana mempunyai kecenderungan nilai yang hampir sama pada kawasan yang luas. Hanya mata wang kertas yang dipilih sebagai mata wang utama dalam urusan perdagangan antarabangsa mendapat kelebihan dari manfaat ini.

  • Wang kertas hanya “membawa makna” atas keyakinan orang ramai.

Wang kertas dinilai oleh warganegara sesebuah negara hanya jika semua warganegara bersetuju untuk mempunyai keyakinan yang sama terhadap mata wang itu untuk mewakili nilai yang dinyatakan di atasnya. Sekiranya keyakinan orang ramai pudar, sama ada kerana hutang negara yang tinggi atau kemelut politik, huru-hara boleh berlaku dan wang kertas boleh menjadi tidak berguna. Ini berlaku di Republik Weimar di Jerman pada tahun 1920-an dan berlaku di Zimbabwe pada tahun 2008, di mana inflasi berjalan pada kadar tahunan sebanyak 89%.

Apabila kita jelas bahawa wang fiat hampir tidak mempunyai nilai “kekayaan” didalamnya, walaupun kita mendapatkannya sebagai gaji atau peninggalan harta. Maka lebih mudah untuk kita mencari solusi yang lebih baik, salah satunya melabur secara bertauliah untuk membenarkan wang kita “bekerja” untuk kita, dan bukan sebaliknya.

Ditulis oleh Azah Atikah Anwar Batcha

Sumber gambar : https://www.mohdzulkifli.com/2014/11/5-risiko-besar-simpan-wang-kertas.html

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts