Fakta Tulisan Jawi yang Kita Kena Tahu

Tonton versi video di sini

Sudah semakin ramai yang tidak mengenal apa itu tulisan jawi.

jawi intro.jpg

Tulisan jawi dulu merupakan tulisan keramat dan lambang peradaban Melayu, tapi kini semakin dilupakan.

Hakikatnya, banyak cerita menarik tentang tulisan tradisi kita ini. Berikut adalah beberapa fakta – fakta tulisan jawi yang kita kena tahu!

Tulisan Jawi Berkembang Kerana Islam

Orang – orang Melayu sewaktu kedatangan Islam di Kepulauan Melayu sangat suka dengan agama yang baru datang ini.

Cintanya orang Melayu dengan Islam, sehingga mereka tukar tulisan lama mereka Pallava, kepada tulisan jawi semata – mata untuk lebih faham Quran dan Sunnah.

Malah, umat Melayu mengenali diri mereka sebagai orang jawi, bangsa jawi dari tanah jawi dengan berbahasa jawi dan bertulisan jawi.

Orang yang menggunakan tulisan jawi pula dianggap petanda dia beragama Islam. Maka dari itu, datanglah frasa ‘masuk jawi’ atau bersunat untuk orang yang baru masuk Islam.

Tulisan Jawi dah Digunakan Selama Hampir 1000 Tahun

Tulisan jawi yang paling tua dalam dunia boleh ditemui pada batu bersurat Terengganu, iaitu sejak tahun 1303 Masihi lagi.

Image result for batu bersurat
Batu Bersurat Terengganu

Tulisan rumi pula baru digunakan secara rasmi selama 50 tahun.

Jawi jadi Tulisan Ilmu, Budaya dan Peradaban

Tulisan jawi digunakan secara meluas di Nusantara dalam pentadbiran adat istiadat perdagangan dan pendidikan.

Tulisan perundangan semacam Hukum Kanun Melaka, Undang – undang Johor, Pahang dan Kedah semuanya adalah tulisan Jawi.

BukuUndangundangTubuhKerajaanJohor.jpg
Undang – undang Tubuh Kerajaan Johor

Tulisan jawi juga adalah tulisan yang berkuasa. Surat raja – raja Melayu kepada raja Portugal, England, dan Perancis semuanya tulisan jawi.

Karya ulama – ulama semacam Daud Fatani, Abd al Samad al Falimbani, Ali Abd Rahman al Kelantani semuanya ditulis dalam jawi.

Dan apabila mesin pencetak kerajaan Mekah didirikan buat kali pertama pada tahun 1884, dicetak kitab – kitab jawi yang diberi nama ‘kitab kuning‘.

kitab-kuning.jpg
Kitab kuning.

Orang Melayu Tambah 6 Huruf Jawi Baru

Huruf – huruf hijaiyah Arab asalnya ada 31, kemudian orang Melayu jadikan 37 dengan menambah huruf va, nya, ga, pa, nga dan ca.

Huruf Tunggal 2008.jpg

Semua bunyi ini tidak wujud dalam sistem bunyi bahasa Arab. Sebab mereka tak boleh sebut.

Tulisan Jawi Berkembang dan Berevolusi

Dulu tulisan jawi asal memang serupa dengan tulisan Arab.

Jawi Klasik - Nota Tentang Akhlak.jpg
Jawi klasik

Tapi kemudian berubah sedikit demi sedikit untuk membantu pembacaan. Sebabnya, jawi merupakan satu tulisan yang rumit. Banyak boleh salah baca.

jawi lama jawi baru.PNG

Kalau tak dibuat ejaan jawi baru pasti kekal kekeliruan guna jawi.

Jadi untuk selesaikan masalah ini tulisan jawi berkembang dan diperbaik dari masa ke masa.

perkembangan.PNG

Teori perkembangan tulisan jawi sangat menarik hingga dikaji oleh Prof Kong Kyoung Seok, seorang rakyat Korea.

Jawi Merosot dengan Penjajahan Barat

Jati diri orang Melayu ini terhakis sedikit demi sedikit dengan kuasa penjajah Barat.

Pada tahun 1956, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu membuat keputusan:

“…sudah sepatutnya tulisan Rumi dirasmikan bagi persuratan Melayu dengan tidak menghapuskan tulisan jawi sehingga masa menentukannya..”

Sehinggalah tahun 1963, Akta Bahasa Kebangsaan mengisytiharkan tulisan rasmi bahasa Melayu ialah tulisan rumi.

Tulisan jawi hanyalah boleh digunakan untuk pendidikan Islam. Bermakna, tulisan jawi tidak boleh lagi digunakan untuk nama jalan, pembangunan bandar dan lain – lain. Pengaruhnya semakin lama semakin pudar.

teresa kok.JPG
Jawi dipertikai penggunaannya pada nama jalan
Bantahan terbaru terhadap jawi

Malah menurut Prof Kong Kyoung Seok, tulisan jawi mungkin akan pupus 10 – 20 tahun lagi…

Kesimpulan

Maka itulah dia nasib tulisan jawi.

Usaha untuk memelihara tulisan jawi cuba dibuat dengan menerbitkan Utusan Melayu seminggu sekali, malah diterap dalam silibus JQAF.

Image result for utusan melayu jawi

Tapi sebenarnya kitalah yang bertanggungjawab menyelamatkan tulisan jawi sebab pupusnya bahasa apabila tiada siapa yang menggunakannya.

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts