3 Ciptaan Islam Kuno yang Melangkaui Zaman

Zaman keemasan Islam memang mengagumkan!

Dengan keluasan dari China hingga ke Sepanyol, empayar Islam adalah yang terbesar dalam sejarah.

Image result for islamic empire
Keluasan jajahan takluk Islam

Zaman keemasan Islam menghasilkan banyak pencapaian mengagumkan dari segi saintifik dan teknologi bersumber daripada kehebatan disiplin ilmu mereka. Namun ada sesetengah teknologi yang dihasilkan betul – betul meletupkan minda! Seolah – olah ia dicipta pada masa depan.

Ada banyak contoh, tapi untuk artikel kali ini, jom kita berkenalan dengan 3 teknologi Islam kuno yang melangkaui zaman.

Teknologi Nanotek Pedang Damsyik

Pedang Damsyik adalah ciptaan yang menghairankan saintis sampai sekarang.

Image result for damascus sword islam
pedang damsyik

Keluli pedang Damsyik yang digunakan oleh Muslim pada waktu perang salib memiliki keistimewaan yang tiada pada besi keluaran Eropah.

Keluli tersebut punyai corak jalur beralun yang dikenal sebagai damask, sifat mekanikal yang luar biasa, dan ketajaman yang sangat menakjubkan. Menurut lagenda, pedang damsyik mampu memotong kain sutera di udara! Terdapat juga laporan yang mengatakan pedang Muslim mampu memotong baju besi tentera salib dengan mudah.

Corak beralun damask

Rahsia tempaan besi pedang Damsyik hilang pada akhir abad ke 18, dan penempa besi Eropah tak mampu meniru proses untuk menghasilkannya.

Kajian sains moden kemudian menemui penemuan yang mengagumkan apabila mereka meneliti sampel pedang Damsyik asli yang dihasilkan oleh penempa ulung Islam bernama Asadulllah pada abad ke 17.

Transmisi mikroskopi elektron beresolusi tinggi menemui tiub nano karbon dan wayar nano cementite pada pedang tersebut.

Analisa struktur mikro pedang damsyik: sumber

Susunan atom karbon berbentuk silinder pada pedang itu jelas menyamai penemuan tiub nano karbon yang ditemui pada tahun 1991, 3 abad setelahnya.

Penemuan ini memberi klu bagaimana keluli berkandungan karbon ultra tinggi boleh dicipta oleh penempa besi zaman dulu, dan bagaimana mereka boleh atasi masalah kerapuhan.

Berkemungkinan tinggi, Asadullah tidak lah tahu tentang ilmu nanoteknologi, tapi ilmu empirika yang diperoleh zaman – berzaman akhirnya mendatangkan teknologi ulung ini.

Teknologi Astrolabe

Astrolabe, yang bermaksud pemegang bintang adalah alatan astronomi yang utama dan penting hinggalah ke zaman moden.

Astrolabe

Reka bentuk astrolab disempurnakan di dunia Islam pada abad ke 10. Menurut ahli astronomi terkenal al – Sufi, astrolab mempunyai ribuan kegunaan.

Ia antara lain digunakan untuk melihat matahari dan bintang, mengukur tinggi bangunan, mengira masa, dan mengkaji horoskop.

Ciptaan ini bagaimanapun sangat istimewa dalam dunia Islam, kerana ia membantu ibadat.

Ia digunakan untuk mencari arah kiblat berpandukan tarikh dan kedudukan altitud dan azimut matahari, ia mempunyai gazzeteer iaitu senarai nama tempat dan arah dari Mekah, juga ia membantu menentukan waktu solat.

Gazetteer Astrolabe miliki senarai nama tempat dan kedudukan mereka

Integrasi ilmu saintifik dengan agama ini sangat mengagumkan hingga David King, seorang ahli sejarah mengatakan ‘Dalam Islam saja, dan tidak agama lain, ibadatnya dibantu prosedur saintifik’.

Astrolab diperkenalkan di Eropah pada abad ke 12 dan digunakan ratusan tahun sebelum diganti dengan alatan lebih canggih pada abad ke 17.

Jam Gajah Gergasi al Jazari

al Jazari atau nama sebenarnya Badiuzzaman abu al Izz Ismail dikenal sebagai bapa robotik. Berabad lamanya sebelum ciptaan robot moden dan komputer, al Jazari telah membina automasi pertama dan merupakan orang terawal yang memperkenal pemprograman.

Malah Da Vinci juga diinspirasikan oleh al Jazari.

Ciptaan beliau yang paling ulung adalah jam gajah gergasi yang merupakan gabungan segala reka bentuk jam air beliau sebelum ini. Jam tersebut menggabungkan elemen budaya yang pelbagai: elemen gajah menggambarkan India, naga melambangkan China, burung phoenix merupakan representasi Mesir kuno, dan orang beserban melambangkan budaya Muslim.

Image result for al jazari elephant clock
replika jam gajah gergasi al Jazari

Jam gajah ini memiliki mekanisme yang akan aktif setiap setengah jam. Ia menggunakan mekanisme tangki air di dalam badan gajah, iaitu sebuah mangkuk yang terapung. Mangkuk itu miliki lubang kecil yang akan menentukan kelajuan jatuhannya. Apabila mangkuk itu tenggelam sepenuhnya, ia mengaktifkan proses yang lebih dramatik.

Di bahagian kubah atas, sebiji bola akan dijatuhkan, ia kemudian menghentak kipas yang memusingkan burung phoenix. Bola itu kemudian jatuh dari paruh helang ke mulut naga. Berat bola itu memusingkan naga tersebut yang menarik mangkuk kembali ke kedudukan asal.

Penunggang gajah kemudian akan bergendang, menandakan setengah jam telah berlalu. Proses ini berulang hinggalah 24 jam telah berlalu.

Kesimpulan

Tuntasnya, peradaban Islam memiliki ciptaan – ciptaan hebat yang sewajarnya dihebahkan dan diberitahu kepada semua orang, terutama sekali Muslim sekarang yang semakin hilang identiti dan jati diri, supaya mereka bersemangat mengembalikan kegemilangan mereka terdahulu.

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts