Tonton versi video:
Dalam alam kita ini, ada banyak fenomena yang berputar melawan arah jam. Kita ada:
- Pergerakan bulan keliling bumi
- Putaran bumi
- Peredaran bumi kelilingi matahari
- Peredaran planet di sekeliling sistem solar
- Putaran telur sperma
- Tawaf
- Malah acara trek pun biasanya melawan arah jam
Semua ini putaran melawan arah jam. Tapi kenapa melawan arah jam? Kenapa putaran arah jam begitu istimewa sehingga menjadi rujukan?
Soalan yang lebih besar adalah, kenapa putaran arah jam ditetapkan seperti seperti demikian?
Asal usul Putaran Arah Jam
Sebenarnya ada satu fenomena dunia yang melahirkan pergerakan arah jam, iaitu pergerakan bayang – bayang.
Disebabkan putaran bumi melawan arah jam (dari Barat ke Timur), maka kalau kita cucuk batang kayu yang menegak (dipanggil gnomon), kita akan dapati bayang – bayang berputar menurut arah jam. Bertentangan dengan pergerakan matahari di langit.
Tapi fenomena pergerakan bayang – bayang ini dilihat hanya di hemisfera utara. Di hemisfera selatan, pergerakan bayang – bayang adalah melawan arah jam.
Peradaban manusia, yang berkembang pesat di hemisfera utara, membuat banyak percubaan untuk mengira masa.
Antara ciptaan jam yang paling awal adalah jam matahari, iaitu dicipta sejak dari Mesir Kuno. Tapi ada juga peradaban yang menggunakan sistem pengiraan masa yang lain, seperti jam air semacam di China, dan jam pasir seperti di Rom.
Penggunaan jam matahari sebagai alat pengukur masa bagaimanapun meletup naik apabila datang satu tamadun yang sangat obses dengan masa.
Iaitu tamadun Islam.
Islam Mengembangkan Jam Matahari
Islam adalah satu agama yang sangat mementingkan penjagaan waktu, kerana ia menekankan penganutnya untuk solat pada lima waktu tertentu setiap hari.
Bukan itu saja, mereka juga dikehendaki untuk solat tepat pada waktunya.
Sedangkan penentuan solat pula ditentukan berdasarkan kedudukan matahari dan panjang bayang – bayang. Contohnya, waktu Asar bermula apabila panjang bayang objek tersebut lebih panjang daripada objek.
Jadi untuk menjaga solat pada awal waktu, orang Islam membangunkan satu sains yang dipanggil gnomonics.
Mereka mencipta jadual jam matahari pertama dalam sejarah. mereka menulis teks untuk jam matahari mudah alih, dan mereka menterjemah tulisan saintifik Yunani untuk membantu usaha saintifik mereka.
Ukiran – ukiran jam matahari ini kemudian tersebar ke serata masjid dan madrasah di dunia Islam. Ia menjadi pemandangan biasa Muslim pada ketika itu. Pada jam – jam matahari itu juga terdapat waktu solat Jumaat, dan waktu ‘amaran’ solat.
Obsesnya dunia Islam dengan jam matahari menghasilkan dua jam matahari yang paling menakjubkan:
- Masterpiece Ibn Shatir di Masjid Umaiyad di Damsyik yang sangat tepat, kompleks dan merupakan jam dengan gnomon yang selari dengan paksi polar pertama dalam sejarah.
- Jam matahari terbesar dunia di Jaipur, India.
Daripada Jam Matahari kepada Jam Mekanikal
Kemudian sistem jam pun berkembang lagi dengan ciptaan jam mekanikal.
Jam mekanikal ini dibuat dengan merujuk kepada jam matahari untuk mengkalibrasikan waktu.
Dah pasti, ia juga meniru pergerakan bayang – bayang jam matahari. Maka itulah sebabnya kita merujuk kepada putaran arah jam sampai sekarang, yang berasal daripada pergerakan bayang – bayang.