Ilusi Optik Terbaru Ini Dedahkan Anda Sebenarnya ‘Buta Lengkung’ atau Tidak.

Perhatikan gambar di bawah:

Apa yang anda nampak? Anda nampak garisan lurus, atau garisan lengkung berombak, atau garisan zig zag (bersudut tajam)? Anda nampak satu jenis, atau anda nampak kedua – duanya?

Jika penglihatan anda seperti orang lain, anda mungkin nampak garisan berombak, kemudian garisan zig zag, kemudian garisan berombak semula berulang – ulang, bukan? Jika ya, anda sebenarnya mengalami buta lengkung! (Jangan risau, ia bukanlah masalah kesihatan pun).

Kerana sebenarnya, semua garisan di atas sebenarnya adalah garisan berombak. (Tiada garisan zig – zag!)

Tak percaya? Lihat gambar penuh di bawah:

Perhatikan bahagian atas kiri dan bawah kanan gambar, iaitu di bahagian putih dan hitam. Anda akan dapati bahawa semua garisan ternyata merupakan garisan berombak, bukan zig – zag.

steve brule what GIF

Tetapi apabila kita melihat bahagian kelabu, mata kita seolah – olah tertipu, apabila garisan berombak tersebut bertukar pula kepada garisan zig – zag, secara berselang – selang.

Ilusi optik ini ditemui oleh Dr Kohske Takahashi daripada Universiti Kyoto. Dr Kohske ini memang memiliki hobi pelik mencari ilusi – ilusi optik baru untuk dikaji.

Penemuan ini menunjukkan bahawa mata kita sebenarnya boleh terkeliru sama ada sesuatu objek itu berbentuk lengkung atau sudut.

Sebelum ini, kita anggap mata kita mampu membezakan dua bentuk tersebut secara berasingan, tapi ilusi optik di atas membuktikan bahawa sebenarnya mekanisme persepsi penglihatan lengkung dan sudut mata kita bersaing sesama sendiri!

Dr Kohske menyenaraikan beberapa kriteria yang membolehkan ilusi itu terjadi:

  • Perbezaan kecerahan latar belakang
  • Kadar lengkungan garisan mestilah rendah

Jika anda berminat tentang topik ini, boleh tonton video AJAR mengenai ilusi optik:

Total
41
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts