Saintis Beri Amaran Agar Tidak Menukar Telefon Berulang – ulang Kali

Anda suka menukar telefon berulang – ulang kali? Setiap tahun? Setiap 6 bulan?

Pertama sekali, tahniah, kerana nampaknya anda kaya dan berkemampuan. Harap – harapnyalah. Dan anda bukan guna duit kawan atau pinjaman PTPTN. Kan?

chocolate dont judge me GIF

Namun sebenarnya amalan menukar telefon berulang – ulang kali ini bukan sahaja ditegah oleh ustaz ustazah yang selalu memberi pesanan supaya jangan membazir di luar keperluan, ia juga ditegah oleh saintis.

Hal ini kerana amalan menukar – nukar telefon membawa kepada ancaman kepupusan beberapa elemen terhad yang kini semakin berkurang jumlahnya.

Saintis daripada University of St Andrews telah menghasilkan suatu jadual berkala unsur unik yang menunjukkan tahap kekurangan (scarcity) elemen yang digunakan dalam gajet harian seperti telefon bimbit dan TV.

new-periodic-table

Malangnya, bahan kimia yang menghasilkan telefon bimbit disenaraikan dalam ‘senarai kepupusan’.

Hampir 10 juta telefon pintar dibuang atau diganti setiap hari di Kesatuan Eropah sahaja.

Telefon pintar diperbuat daripada 30 elemen, separuh daripadanya mendatangkan kerisauan pada masa hadapan kerana jumlah yang semakin merosot – sama ada akibat bekalan yang terhad, lokasi mereka di kawasan berkonflik, atau ketidakmampuan kita untuk mengitar semula bahan tersebut.

Dengan penggunaan bahan – bahan terhad yang habis begitu cepat, Prof Emeritus David Cole Hamilton mempersoal trend menggantikan telefon bimbit setiap dua tahun.

Banyak elemen yang diancam kepupusan, maka perlukah kalian menukar telefon setiap dua tahun?

Sudah tiba masanya untuk kita memikirkan masa depan dan kesejahteraan bahan di bumi kita, daripada memikirkan model kamera telefon mana yang boleh menghasilkan selfie yang paling cantik (yang kemudian edit juga).

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts