Sebuah soalan matematik sekali lagi menggegar internet apabila ia mengelirukan ramai wargamaya.
Seorang pengguna Twitter baru – baru ini mengongsikan satu soalan matematik mudah, siap beserta jawapan lagi.
Meme matematik ini sebenarnya agak lucu walaupun mungkin dianggap dungu. Selesaikan:
230 – 220 x 0.5 = ?
Anda mungkin tak percaya, tapi jawapannya adalah 5!
Jika kita gunakan ilmu hisab tahap sekolah rendah, kita tahu bahawa kita perlu menggunakan BODMAS, iaitu perlu selesaikan pendaraban dahulu:
CARA BETUL

Tapi cara yang SALAH, adalah melakukan proses daripada kiri ke kanan.
CARA SALAH

Jadi bagaimana jawapannya boleh 5! ?
Adakah pengguna Twitter tersebut yang silap? Rasanya agak pelik, sebab beliau merupakan seorang saintis yang miliki PhD.
Jawapannya …
Sebenarnya, jawapan abang PhD tersebut memang betul, sebab jika anda perhatikan, sebenarnya jawapan yang diberi adalah 5!
Lambang ! itu adalah faktorial, bukan menjerit nombor 5.
5! atau 5 faktorial adalah jumlah hasil darab nombor – nombor bulat daripada 1 sehingga 5, iaitu:
5! = 5 x 4 x 3 x 2 x 1 = 120
Maka apabila Dr PhD tersebut mengatakan jawapannya adalah 5!, ia adalah bersamaan juga dengan mengatakan jawapannya 120.
Kedua – duanya benar, dan keseluruhan meme adalah cara yang bijak untuk membuatkan orang bercakap tentang matematik.
Bukan senang nak buat orang bercakap tentang matematik!