Reddit Pilih Sejarah Perkembangan Awal Islam Sebagai ‘Plot Twist’ paling Besar Dalam Sejarah

Bagi penggemar sastera, filem dan drama, satu aspek yang benar – benar akan membuat mereka kagum dengan penulisan karya tersebut adalah apabila mereka dihidangkan dengan ‘plot twist’ yang tidak disangka – sangka.

‘Plot twist’ atau ‘putaran plot’ adalah apabila arah jalan cerita dalam suatu kisah tiba-tiba berubah drastik ke arah sama sekali tidak dapat diagak oleh pembaca.

Plot Twist GIF

Kebiasaanya plot twist ini berlaku dalam cerita – cerita fiksyen, kerana disebabkan ia terlahir daripada imaginasi dan rekaan, maka penulisnya mudah saja merancang untuk mengadakan plot twist dari awal penceritaan.

Namun sebuah soalan dalam laman web Reddit mengemukakan sisi lain yang jarang difikirkan:

“Apakah plot twist terbesar dalam sejarah?”

Soalan tersebut dikemukakan dalam forum (atau subreddit) yang dipanggil askreddit , di mana pengguna – pengguna menanyakan soalan dan dijawab oleh puluhan juta pengikut subreddit tersebut.

Beberapa jawapan diberikan, antaranya:

  • Kisah tentera German menyamarkan kapal mereka sebagai kapal British bernama HMS Carmania, namun kemudian kapal pertama yang mereka adalah HMS Carmania yang sebenar,
  • Seorang pemancung kepala Perancis yang meminta kenaikan gaji, tapi tak dapat kerana dia memancung kepala bosnya semalam,
  • Dan pembunuhan pembunuh upahan John F Kennedy

Namun jawapan yang mendapat undian paling banyak adalah kisah bagaimana runtuhnya dua empayar paling besar dan berkuasa di tangan sekumpulan orang padang pasir:

Setelah berperang bermati – matian selama 30 tahun, empayar Rom dan Parsi Sassanid kedua – duanya telah keletihan dan kelesuan. Semua orang tertanya – tanya apa yang akan berlaku. Adakah perang akan berlanjutan selama beberapa dekad lagi? Adakah satu pihak akan tumpas? Adakah kemenangan orang Kristian akan menyebabkan penukaran agama beramai – ramai di Parsi?

Tidak. Entah dari mana sekumpulan tentera padang pasir Badwi menyerang dari Selatan dan menghapuskan bala tentera kedua – dua negara, menawan separuh empayar Rom dan memusnahkan Parsi, serta mengubah budaya kedua – dua empayar untuk selamanya.

Seorang pengguna mengatakan bahawa ini adalah ‘plot twist’ terbesar dalam sejarah spesis manusia.

Ia adalah sesuatu yang tiada siapa pun boleh terbayang pada tahun 620 Masihi. Orang Islam ketika itu tiada kawasan pun. Setelah kewafatan Muhammad pada 632, ia masih tidak berkemungkinan berlaku.

Orang Islam ketika itu menentang empayar yang paling besar di Barat (Rom). Walaupun empayar Rom telah pun hilang sebilangan besar kawasan mereka, mereka masih lagi sangat, sangat berkuasa dan sedang menentang inkarnasi terkini Parsi (yang memiliki beberapa empayar selama 1200 tahun)

Tapi dalam masa kurang daripada 30 tahun, mereka telah mengambil alih keseluruhan buaian tamadun – kawasan yang paling tua, kaya dan bertamadun di dunia Barat.

Beberapa komen memuji secara langsung kehebatan Khalid al Walid yang memiliki rekod bersih peperangan tanpa kalah, dan dianggap antara komander peperangan paling berjaya dalam sejarah.

Pengguna Reddit lebih kagum apabila mereka dikemukakan sebuah hadis yang menerangkan tentang ramalan Nabi Muhammad mengenai kejatuhan Kisra dan Kaisar.

Ketika Nabi memerintahkan penggalian khandaq, ternyata ada sebongkah batu sangat besar menghalangi penggalian itu. Lalu Rasulullah bangkit mengambil cangkul dan meletakkan mantelnya di ujung parit, dan berkata:

“Telah sempurnalah kalimat Rabbmu (Al-Qur`an) sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat mengubah-ubah kalimat-kalimat-Nya dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Terpecahlah sepertiga batu tersebut. Salman Al-Farisi ketika itu sedang berdiri memandang, dia melihat kilat yang memancar seiring pukulan Rasulullah. Kemudian beliau memukul lagi kedua kalinya, dan membaca:

“Telah sempurnalah kalimat Rabbmu (Al-Qur`an) sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat mengubah-ubah kalimat-kalimat-Nya dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Pecah pula sepertiga batu itu, dan Salman melihat lagi kilat yang memancar ketika Rasulullah n memukul batu tersebut. Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam memukul sekali lagi dan membaca: “Telah sempurnalah kalimat Rabbmu (Al-Qur`an) sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat mengubah-ubah kalimat-kalimat-Nya dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Dan untuk ketiga kalinya, batu itupun pecah berantakan. Kemudian beliau mengambil mantelnya dan duduk. Salman berkata: “Wahai Rasulullah, ketika anda memukul batu itu, saya melihat kilat memancar.” Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepadanya:

“Wahai Salman, engkau melihatnya?” Kata Salman: “Demi Zat Yang mengutus anda membawa kebenaran. Betul, wahai Rasulullah.” Rasulullah bersabda:

“Ketika saya memukul itu, ditampakkan kepada saya Kisra Persia dan sekitarnya serta sejumlah kota besarnya hingga saya melihatnya dengan kedua mata saya.” Para shahabat yang hadir ketika itu berkata: “Wahai Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar membukakannya untuk kami dan memberi kami ghanimah rumah-rumah mereka, dan agar kami hancurkan negeri mereka dengan tangan-tangan kami.” Maka Rasulullah n pun berdoa.

“Kemudian saya memukul lagi kedua kalinya, dan ditampakkan kepada saya kerajaan Kaisar dan sekitarnya hingga saya melihatnya dengan kedua mata saya.” Para shahabat berkata: “Wahai Rasulullah, berdoalah kepada Allah agar membukakannya untuk kami dan memberi kami ghanimah rumah-rumah mereka, dan agar kami hancurkan negeri mereka dengan tangan-tangan kami.” Maka Rasulullah n pun berdoa.

“Kemudian pada pukulan ketiga, ditampakkan kepada saya negeri Ethiopia dan desa-desa sekitarnya hingga saya melihatnya dengan kedua mata saya.” Lalu beliau berkata ketika itu: “Biarkanlah Ethiopia (Habasyah) selama mereka membiarkan kalian, dan tinggalkanlah Turki selama mereka meninggalkan kalian.”

riwayat Ahmad dan an Nasai

Bagi orang Islam, penjelasan bagi ‘plot twist’ terbesar dalam sejarah manusia ini mudah: Kuasa Allah untuk memenangkan agama yang benar.

Namun bagi orientalis dan sejarawan bukan Islam, mereka bergelut untuk menerangkan bagaimana perkara yang begitu misteri ini boleh berlaku. Sebagai contoh, seorang sejarawan pengkaji sejarah awal Islam, Fred Donner mengatakan:

“Ahli sejarah bukan Islam mengalami kesusahan menjelaskan bagaimana dan kenapa ini berlaku”

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts