5 Teknik Penyamaran Haiwan yang Menakjubkan

Banyak haiwan yang terpaksa bersembunyi untuk meneruskan kehidupan. Tapi tak apa rakan – rakan bukan manusia sekalian, alam semula jadi sememangnya menakutkan. Kalau kami tak duduk di bawah pendingin hawa dalam rumah, sebaliknya dicampak ke hutan, kami pun akan sembunyi juga.

Tapi ada sesetengah haiwan yang kemahiran bersembunyi mereka mencapai taraf 5 bintang. Jika mereka main sembunyi – sembunyi dengan kita, mungkin sampai berjanggut pun kita tak temui mereka.

Jadi, berikut adalah 5 haiwan dengan teknik penyamaran yang menakjubkan!

Lalat Buah dengan Tatu Serangga

Eh jap, kenapa ada serangga / semut melekat pada sayap lalat di atas? Diorang terperangkap ke?

Eh tak, sebenarnya itu bukan serangga. Sebaliknya satu lukisan atau tatoo pada sayap lalat Goniurellia tridens tersebut. Tak, bukan ada saintis yang gatal pergi lukis sebab nak buat eksperimen pelik. Lalat tu memang miliki corak serangga tu secara semulajadi.

Macam haiwan peliharaan lalat tu

Kenapa ada corak serangga tersebut pada lalat buah tu? Adakah ia satu trend hipster dunia lalat? Atau ia gambar serangga yang membunuh pasangan lalat tersebut dan ia mahu membalas dendam mencari mereka ke hujung dunia (banyak sangat tengok anime ni).

Tidak diketahui dengan pasti puncanya. Tetapi antara teorinya corak serangga tersebut bertujuan untuk menarik perhatian pasangan (tak tahu lah kenapa gf lalat suka dengan corak tu, mungkin sebab nampak macam lelaki nakal kot). Ada yang mengatakan corak itu bertujuan menghalau pemangsa, kerana mereka akan lihat seolah – olah lalat itu sedang dimakan pemangsa lain, atau sedang dikerumuni haiwan berbahaya.

Ada juga yang mengatakan bahawa corak itu hanya kebetulan, kerana ada banyak corak lain pada sayap – sayap lalat yang tak nampak macam semut pun. Kita saja yang ingat ia seperti semut.

Trupanea actinobola

Serangga yang Nampak Macam Kayu Berlumut

Kredit gambar : Dan Doucette

Apa yang anda lihat di atas bukanlah ranting kayu berlumut biasa, sebaliknya merupakan seekor serangga ranting Phasmatodea.

Serangga ni begitu pakar menyamarkan dirinya sebagai ranting kayu yang tidak bersalah sehingga macam mana ia boleh ditemui pun jadi satu persoalan. Orang yang ambil gambar itu secara tak sengaja lihat ada satu ‘ranting kayu’ yang bergoyang – goyang, sebelum perasan bahawa ia sebenarnya seekor serangga.

“Serangga? Mana ada? Aku cuma ranting kayu berlumut” – kredit gambar: Glenn Bartley

Masih tak percaya ia seekor serangga? Jom kita ambil gambar secara lebih dekat:

AHHHH OK PERCAYA – PERCAYA! Kredit gambar: Robert Oleman

Kupu – kupu Daun Kering yang Nampak Macam … Daun Kering

Mana kupu – kupu? Mana? Kredit: Wei-Chun Chang

Betul. Atas tu ada kupu – kupu. Tak tipu.

Uropyia meticulodina adalah sejenis kupu – kupu Cina yang nampak sama betul macam daun kering.

Dan penyamaran ini sangat mengagumkan! Tengok kesan bayang, urat daun tu! Kita tengok kepaknya semacam daun yang berlipat kan? Sebenarnya tidak, kesan lipatan itu adalah ilusi optik semula jadi!

Tak percaya? Tengok video ni. Kepaknya adalah kepak normal seperti kupu – kupu lain.

Ulat Beluncas yang Hilang di Atas Daun Hijau

Bayangkan anda sedang bercengkarama di taman. Anda pegang bunga, anda belai daun. Tiba – tiba anda terasa ada benda berbulu pada daun tersebut, dan … Jeng!! Ada ulat beluncas hinggap di tangan anda!!!

AHHHHHHHHH

Ehem.

Ini adalah Euthalia aconthea, atau ulat bulu baron.

… Kenapa dekat kaki dia ada kaki?

Wow nampak terang betul. Menyamar apa tu. Nampak macam lampu neon yang minta diri dia dimakan. Sekarang cuba letak beliau di atas sehelai daun hijau.

ulat beluncas common baron ini banyak ditemui di India dan di Asia Tenggara (yup, tempat kita la). Ia suka makan daun pada pohon mangga dan gajus. Jadi fikir la dua kali sebelum anda curi buah mangga.

Ulat ni akan memposisikan dirinya pada urat daun yang berwarna cerah itu sehingga ia sukar dibezakan dengan daun yang tidak bersalah.

Labah – labah Ocyale Guttata. Mimpi Ngeri Penggemar Kaki Ayam

Apa ni. Kenapa letak gambar pasir? Kredit Piet Grobler

Ada seekor labah – labah pada gambar di atas. Ya betul, ada.

Atau mungkin ada puluhan labah – labah sebenarnya. Siapa tahu kan?

Labah – labah Ocyale Guttata adalah spesis labah – labah musang yang wujud yang menyedarkan manusia betapa pentingnya inovasi yang dipanggil kasut.

Spesis labah – labah ini menyorokkan dirinya dengan begitu berkesan sekali pada jenis tanah batu – batuan kecil yang biasa ditemui di taman permainan kanak – kanak dan pantai.

Kredit Piet Grobler

Labah – labah musang adalah antara pemangsa yang berprolifik dalam dunia kelabah – labahan. Mereka tidak membuat sarang, tak menyorok di tempat gelap, sebaliknya merayap dengan bebas di tanah terbuka untuk mencari mangsa.

Lepas ni tak nak jalan atas tanah dah.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts