Komputer Tamat Tahun 2038?

Hah? Biar betul?

Tajuk artikel kali ni macam acah-acah gempak, tapi ada kebenarannya. Sebelum kita pergi kepada sebab kenapa penulis cakap macam tu, jom kita faham dulu serba sedikit mengenai komputer.

Komputer merupakan mesin yang amat ajaib. Kita boleh buat kira-kira, boleh tonton video Youtube, dengar lagu, macam-macam kita boleh buat dengan komputer. Tapi, disebalik semua tu, komputer sebenarnya menggunakan sistem yang agak mudah. Sistem yang penulis maksudkan adalah sistem nombor Binari.

Kalau anda tak pernah dengar atau tak pernah belajar pasal sistem nombor Binari ni, takpe. Sistem ini, secara ringkasnya, merupakan satu sistem di mana komputer menggunakan dua keadaan sahaja untuk berfungsi, iaitu 0 dan 1. Dalam erti kata lain, keadaan arus elektrik tidak mengalir (OFF atau 0) dan keadaan arus elektrik mengalir (ON atau 1).

HImpunan kod binari 0 dan 1

Dari keadaan 0 dan 1 ni pula, pengekod mula mencipta kaedah untuk membolehkan huruf dan simbol dicipta dengan menggunakan rantaian nombor 0 dan 1 ini. Antara sistem yang digunapakai secara meluas adalah kod ASCII (rujuk gambar) dan untuk karakter-karakter ganjil (karakter China), ada kod UNICODE yang digunapakai.

Gambar karakter ASCII dan kod Binari. Kalau nak tulis AJAR, komputer akan baca sebagai 010001 011010 010001 100010.

Jadi, kenapa kita mulakan artikel ini dengan konsep nombor Binari?

Kerana, untuk sesetengah komputer, had minimum nombor Binari yang boleh diproses adalah sebanyak 32-bit, maksudnya ia cuma mampu proses sebanyak 32 rantaian nombor 0 dan 1 sahaja.

Untuk kebanyakan komputer juga, “jam” dalam komputer mereka mula berfungsi pada tarikh 1 Januari 1970. Maka, menurut pengiraan ahli komputer, 231 – 1 atau 2,147,483,647 saat kemudian, iaitu bersamaan dengan pukul 3:14:07 pagi pada tarikh 19 Januari 2038, komputer dengan kapasiti 32 bit akan kehabisan nombor untuk diproses (sebab nombor Binari dia dah jadi 11111111 11111111 11111111 11111111).

panic omg GIF
Ahhhh tak ada lagi la Minecraft

Hah? Habistu? Kita patut gelabah ke?

Sabar dulu saudara. Komputer yang dijangka akan terjejas dengan situasi ini sebenarnya komputer-komputer versi lama, komputer 32 bit dan kebawah. Kebanyakan perisian-perisian baharu dah tak guna dah versi 32 bit ni.

Masalah ni pertama kali dikesan pada perisian AOLSerever. Perisian ni, kalau diikutkan, sepatutnya boleh tampung database yang besar untuk jangka masa yang lama, ala-ala tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Tapi tiba-tiba dia dapati, setelah melepasi 32 bit data (macam situasi di atas), sistem AOLServer ni jadi bingung, dan dia mula kira masa secara terbalik (aik?). Maka apa yang terjadi selepas itu adalah perisian tersebut crash, dan sewaktu troubleshooting baru mereka perasan dengan masalah 32 bit ni.

Perkara yang sama juga dilaporkan terjadi kepada video PSY Gangnam Style, apabila counter channel Youtube sudah melepasi 32-bit, melepasi 2,147,483,647 tontonan. Yes. PSY literally break Youtube.

do i look like i care gangnam style GIF
Tapi macam dah senyap dah sekarang.

Y2k38 Ulangan kepada Y2k.

Keratan akhbar yang menggerunkan tentang Y2K

Kalau anda membesar pada era lewat 90-an, anda pasti pernah mendengar perihal Y2k. Y2k merujuk kepada peristiwa di mana pada tahun 2000, mesin elektronik kita tidak mampu untuk mengurus masa (sebab kebanyakan peralatan elektronik pada tahun 90-an mempunyai tarikh sehingga 1999).

Maka, banyak ramalan yang dibuat.

Ada yang kata komputer-komputer yang digunakan di bank tidak akan berfungsi, dan sekaligus hal ini akan meruntuhkan pasaran-pasaran saham dunia. Ekonomi akan jatuh, dan sistem pertahanan kebanyakan negara juga akan turut terjejas.

“It’s a disaster! It’s the end of the world!”

Tapi, setelah sampai ke tahun 2000,kita dapat lihat bahawa tidak ada banyak perkara yang terjejas. Adalah beberapa komputer yang terjejas, tapi kebanyakan bank dan syarikat sebenarnya telah ambil maklum akan perkara tersebut, dan menaiktaraf perisian-perisian mereka.

Hal yang sama juga sebenarnya akan terjadi pada tahun 2038. Mungkin tajuk artikel ini agak memperdaya, kerana, belajar dari pengalaman Y2k yang lalu, sebenarnya Y2k38 (versi baru Y2k) hanyalah akan melibatkan sebahagian kecil rangkaian komputer lama, secara spesifiknya, komputer 32-bit dan ke bawah.

Total
43
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts