38 Kursus Digugurkan Di Universiti Awam! Apa Masa Depan Universiti?

Kementerian Pendidikan memaklumkan, bahawa sebanyak 38 program akademik di 19 universiti awam (UA) seluruh negara digugurkan dan tidak lagi akan diajarkan.

Kenapa begitu?

Punca utama yang dilaporkan adalah kerana kursus – kursus tersebut dilihat tidak lagi relevan untuk masa depan. Graduan yang mengambil program akademik tersebut tidak peroleh peluang pekerjaan yang baik, seperti mana kehendak industri.

Berikut adalah senarai kursus yang digugurkan:

Universiti Malaya (UM)

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Universiti Putra Malaysia (UPM)

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Universiti Utara Malaysia (UUM)

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Universiti Sains Malaysia (USM)

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Menariknya, kebanyakan program yang digugurkan itu adalah berkaitan pengajian sains dan kejuruteraan yang kebiasaannya menjadi pilihan ‘pelajar cemerlang’.

Antara kebimbangan utama yang menatijahkan keputusan tersebut adalah dikhuatiri ia tidak selari dengan revolusi Industri 4.0.

Revolusi industri 4.0 atau secara mudahnya lebih dikenali sebagai IR. 4.0 itu dicirikan oleh pelbagai teknologi terkini dan futuristik seperti teknologi automasi, machine learning dan big data, kepintaran buatan atau AI, teknologi robotik serta Internet of Things (IoT).

Revolusi ini lebih menuntut graduan dan masyarakat untuk cepat beradaptasi dengan teknologi, atau kita akan kalah sepenuhnya dengan robot dan AI.

Lebih membimbangkan, ketika desakan penguasaan teknologi semakin kritikal, bidang STEM (Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik) pula semakin merosot di Malaysia.

Pelajar – pelajar semakin ramai yang meninggalkan STEM kerana dianggap terlalu sukar. Kini, ditambah dengan prospek kerjaya yang semakin tidak menentu walau graduan STEM, nampaknya kita perlu lakukan sesuatu yang drastik sebelum lanskap pendidikan kita rosak yang tidak dapat dibaiki lagi.

Sokong pendidikan luar buku teks: https://www.billplz.com/ajar

Bantu anak miskin bandar cintakan sains: https://www.billplz.com/FantaSainsPPR

Exit mobile version