Ada Akaun FB, Insta yang Kongsikan Kisah – Kisah Menginspirasikan 100 Saintis Malaysia!

Golongan yang mungkin paling jarang didengari dalam masyarakat mungkin adalah saintis.

Biasanya golongan saintis terkenal dengan sikap suka mengurung diri dalam makmal, mengumpul data. Mereka juga biasanya bencikan wartawan sebab selalu menceritakan benda yang salah tentang kajian mereka.

Sumber: smbc – comics.

Jadi kebiasaannya amat sukar untuk masyarakat mendengar cerita – cerita daripada golongan saintis ini. Ditambah dengan kewartawanan sains Malaysia yang masih suam – suam kuku, maka jadilah masyarakat marhaen kita berbincang tentang bentuk bumi bulat atau leper, antivaksin, sedang saintis – saintis hebat kita mengkaji lohong hitam supermasif.

Tapi kali ini, nampaknya saintis – saintis kita mula tampil ke hadapan mengongsikan kisah – kisah mereka yang penuh inspirasi kepada masyarakat melalui akaun ‘100 Scientists of Malaysia’ di Facebook dan juga Instagram.

Antara kisah menarik adalah seorang ahli fizik partikel eksperimental yang bekerja di CERN untuk mengkaji tentang Higgs Boson atau juga dipanggil ‘God Particle‘.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=138420474192380&id=109427157091712&__tn__=K-R#

Anda berminat dengan gunung berapi, ambil inspirasi daripada volcanologis Malaysia ini!

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=139953820705712&id=109427157091712&__tn__=K-R

Akaun 100 Scientists of Malaysia tersebut miliki misi murni untuk

  • Meningkatkan penampakan bidang STEM dalam masyarakat dengan mengongsikan kisah – kisah dan usaha saintis – saintis tempatan.
  • Menginspirasikan rakyat untuk melibatkan diri dengan STEM tanpa mengira jantina, bangsa, agama, dan status.

Usaha seperti ini membuktikan bahawa sebenarnya terdapat banyak saintis Malaysia yang hebat di luar sana, yang seharusnya lebih dicontohi masyarakat daripada model – model Instagram dan Tik Tok segera.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts