Lihat Bagaimana Ahli Matematik Ini Lakukan Magis yang ‘Mustahil’.

Ini satu cabaran untuk anda. Bolehkah anda memasukkan cakera bulat yang besar ke dalam lubang petak yang kecil?

Naluri kita mungkin secara pantas akan menyebut tidak. Kecuali jika dikoyakkan kertas itu lah. Tapi jika anda tonton video ini oleh Tadashi Tokieda daripada Universiti Stanford, sememangnya ia boleh dilakukan. Cakera bulat besar itu sememangnya boleh melepasi lubang petak yang kecil.

Caranya, adalah dengan melipat kertas itu dengan suatu teknik lipatan yang tertentu.

Animated GIF

Saya potong lubang berbentuk petak pada sehelai kertas dan ambil sekeping cakera bulat. Saya lipat kertas dengan cara yang misteri, dan cakera ini kemudian mampu melepasi lubang. Saya tak menarik kertas, apatah lagi koyak. Bagaimana ini berlaku?

Helahnya, atau strateginya, (sebab penjelasan beliau terlalu cerdik untuk dipanggil helah), adalah berkait rapat dengan penukaran dimensi kertas tersebut.

“Ia disebabkan oleh dimensi dalaman atau intrinsik helaian kertas tersebut, yang berbentuk 2D, berevolusi di persekitaran 3D. Terdapat ruang sesiku”

Err hah.

Dengan kata lain, dalam dimensi kedua, iaitu dimensi rata, lubang petak itu sememangnya terlalu kecil untuk dimasuki oleh cakera.

Tapi apabila kita melipat kertas menjadi 3D, kita boleh menjadikan lubang itu selebar hasil tambah dua sisi petak, lantas menjadikannya lebih panjang daripada panjang lubang yang asal.

Animated GIF
Panjang dua sisi petak adalah lebih panjang daripada panjang pepenjuru asal.

Hal ini kerana, hasil tambah dua sisi petak lebih panjang lebih kurang 40% daripada panjang pepenjuru lubang.

Untuk menjadikan magis ini lebih meyakinkan menantu anda, anda boleh memotong panjang pepenjuru supaya ia pendek sedikit saja berbanding cakera tersebut.

Siapa kata Pythagoras yang kita belajar di sekolah tak berguna?

Kalau anda masih tidak kekaburan pada dimensi ketiga, jangan risau, penjelasan Tokieda lebih baik daripada artikel ini.

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts