Dr Wan Amani Betulkan Fakta Salah Kisah Tular Penglibatan dengan NASA.

Dr. Wan Wardatul Amani baru – baru ini mendapat perhatian media sosial yang meluas apabila kisah penglibatan beliau dengan NASA tular di Facebook.

Bagaimanapun, terdapat beberapa kesalahan fakta yang menjejaskan reputasi beliau dan perlu diperbetulkan.

Dalam hantaran di Facebook, Dr Wan Amani mengemukakan beberapa pembetulan terhadap kisah yang berlegar tentang beliau.

Antara pembetulan yang dikemukakan adalah:

“Apabila anda menularkan maklumat yang salah, anda merosakkan perhubungan, menyebarkan maklumat yang palsu, merosakkan reputasi saya dan NASA sebagai organisasi yang dihormati, dan anda mereka cipta satu ilusi apa yang anda mahu percaya tentang diri saya tapi anda tidak kenali siapa diri saya yang sebenar dan sumbangan saya kepada SporeSat”.

Untuk biografi yang lebih tepat mengenai Dr Amani, pembaca boleh merujuk laman web seperti majalahsains.com.

Exit mobile version