Dr. Wan Wardatul Amani baru – baru ini mendapat perhatian media sosial yang meluas apabila kisah penglibatan beliau dengan NASA tular di Facebook.
Bagaimanapun, terdapat beberapa kesalahan fakta yang menjejaskan reputasi beliau dan perlu diperbetulkan.
Dalam hantaran di Facebook, Dr Wan Amani mengemukakan beberapa pembetulan terhadap kisah yang berlegar tentang beliau.
Antara pembetulan yang dikemukakan adalah:
- Beliau bukanlah wanita pertama yang bekerja di NASA dalam projek Nano satelit.
- Beliau tidak mengetuai 28 saintis NASA.
- 28 saintis NASA tersebut merupakan nombor yang diada – adakan untuk menunjukkan bilangan yang ramai dalam misi tersebut.
- Beliau tidak bekerja di NASA sebagai pekerja NASA.
“Apabila anda menularkan maklumat yang salah, anda merosakkan perhubungan, menyebarkan maklumat yang palsu, merosakkan reputasi saya dan NASA sebagai organisasi yang dihormati, dan anda mereka cipta satu ilusi apa yang anda mahu percaya tentang diri saya tapi anda tidak kenali siapa diri saya yang sebenar dan sumbangan saya kepada SporeSat”.
Untuk biografi yang lebih tepat mengenai Dr Amani, pembaca boleh merujuk laman web seperti majalahsains.com.