Ini Warna Paling Hodoh

Rasanya hampir setiap orang pernah ditanyakan warna kegemaran masing – masing.

Banyak yang memilih biru kerana ia menenangkan, merah kerana warna yang melambangkan cinta, dan hijau untuk kesihatan, atau hitam kerana ia bermisteri.

Tapi apa agaknya warna yang paling hodoh? Wujud ke warna tersebut?

Maka ayuh kita berkenalan dengan warna Pantone 448C yang dinobatkan sebagai warna paling hodoh dalam dunia.

EEEEEEEeeee

Warna tersebut adalah sejenis warna dalam sistem pewarnaan Pantone, yang dipanggil juga sebagai warna ‘coklat gelap menjemukan’.

Pemilihan warna tersebut bukanlah dibuat sesuka hati oleh seorang dua ahli politik yang ada isu peribadi dengan warna itu. Mana tahu, mungkin warna dinding restoran tempat mereka berpisah dengan kekasih lama.

Sebaliknya ia dipilih berdasarkan kajian agensi di Australia yang mahu mengurangkan galakan untuk orang membeli paket rokok.

Misinya adalah – pilih satu warna yang punyalah hodoh sampai orang rasa tak teringin untuk membeli paket rokok. Lebih kurang seperti tindakan meletak gambar kanser pada kotak rokok.

Agensi di Gfk Bluemoon memilih warna yang tidak berapa menawan ini setelah membuat kaji selidik ke atas ribuan perokok berkenaan warna mana yang paling tidak disukai mereka. Pantone 448C ini mendapat undian paling tinggi kerana responden rata – rata mengaitkannya dengan ‘kotoran’, ‘kematian’ dan ‘tar’.

Warna ini kemudian digunakan pada paket rokok di Perancis, UK, Norway, New Zealand, Slovenia, Arab Saudi dan Turki.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts