PLASTIK-MIKRO DARI BARANG PLASTIK MAMPU MEMASUKI URI-URI MANUSIA

Bayangkan anda adalah seorang ibu yang mengandung, dan di dalam uri anda terdapat satu bahan asing yang anda tidak tahu datang dari mana. Para saintis pula tertanya-tanya bagaimana plastik-mikro ini mampu menembusi dinding darah merah dan berkumpul di dalam uri-uri tersebut.

Pada Januari 2021, Jurnal Environment International, volume 146 di laman web Science Direct telah menerbitkan satu artikel yang penting kepada bidang kesihatan iaitu Plasticenta: First evidence of microplastics in human placenta.

Keseluruhan artikel ini menerangkan tentang penemuan pertama plastik-mikro di dalam uri-uri manusia serta memberikan andaian proses plastik-mikro itu mampu memasuki saluran darah manusia. Partikel ini hanyak bersaiz besar sedikit daripada sel darah merah iaitu sekitar 5-10 mikrometer sahaja. Sumber plastik-mikro juga ditemui pula sangat rapat dengan aktiviti harian seorang wanita.

TEKNIK DI DALAM EKSPERIMEN.

Memandangkan eksperimen ini telah melibatkan manusia, jawatankuasa eksperimen telah menyatakan bahawa segala protokol telah dipatuhi mengikut kesesuaian Ethical Committee Lazio 1 (Protocol N. 352/CE Lazio 1; March 31th, 2020), dan Code of Ethics of the World Medical Association (Declaration of Helsinki).

1. Pemilihan ibu mengandung.

Dalam proses sains, ini dipanggil sebagai pemilihan sampel kajian. Eksperimen ini telah memilih enam orang wanita yang dalam proses bakal melahirkan anak. Oleh kerana eksperimen ini menggunakan sampel manusia, para ibu telah diterangkan dengan jelas segala protokol dan syarat-syarat di dalam eksperimen.

Apa yang menariknya, para ibu ini telah di pantau selama berbulan-bulan bagi mengelakkan kontaminasi plastik-mikro sepanjang tempoh mereka mengandung. Pelbagai pantang larang eksperimen telah disenaraikan untuk mereka.

Antara larangannya adalah bebas penyakit, tidak mengambil mana-mana ubat sepanjang tempoh pengawasan, tidak terlibat dengan aktiviti tidak sihat dan pelbagai lagi. Kawalan ini sangat penting untuk mengelakkan keraguan terhadap hasil kajian yang akan diperoleh.

2. SOP semasa melahirkan bayi

Sebelum proses melahirkan bayi, doktor telah menetapkan SOP yang penting bagi meminimumkan segala kemungkinan kontaminasi silang yang akan terjadi. Memandangkan admin belum pernah masuk ke labour room, jadi admin kurang mendapat gambaran kelengkapan alat di tempat bersalin.

Tools for vaginal delivery (sumber: Surgical Tech Geek)

3. Analisis partikel di dalam Uri

Setelah proses bersalin selesai, uri diambil dan dipotong kepada beberapa bahagian seperti bahagian uri ibu, bahagian uri janin dan bahagian membrane chorio amnio. Uri tersebut disimpan pada tahap beku -20°C. Partikel di dalam uri dianalisis menggunakan Raman Microscopy dan hasilnya diterangkan pada bahagian hasil kajian.

HASIL PENEMUAN: 12 PLASTIK-MIKRO TELAH DIJUMPAI

Keputusan yang agak mengejutkan telah ditemui. Saintis telah menemui sebanyak 1 jenis partikel halus (plastik-mikro) di dalam 4 uri daripada 6 sampel yang ada. Saiz bagi setiap partikel pula telah melebihi daripada 5 mikrometer.

Untuk pengetahuan anda, salur darah manusia terbina daripada dinding sel yang hanya setebal satu sel. Sel darah merah pula berdiameter 6 mikrometer dan tebal 2 mikrometer. Bahan merentas melalui dinding kapilari darah tidak mungkin terjadi jika saiznya sebesar 5 mikrometer. Malah, banyak juga komponen bahan mineral tidak mampu menembusi dinding kapilari darah.

Apakah jenis plastik-mikro yang dijumpai?

Polypropylene dan Iron Hydroksida Oksida Kuning’

Polypropypene adalah jenis polimer yang kita boleh temukan pada bahan membungkus, bahan industri serta pembuatan tekstil. Manakala, Iron Hydroksida Oksida Kuning pula banyak digunakan di dalam perawatan air akuarium. Antara bahan lain yang telah mereka nyatakan adalah,

Iron (III) Hydroxide Oxide

1. bahan mengecat

2. bahan salutan cat

3. plaster

4. gam

5. bahan kosmetik

6. bahan penjagaan peribadi

Semua bahan-bahan diatas adalah peralatan yang sering kita gunakan. Wanita sering menggunakan peralatan plastik, kosmetik serta alat penjagaan peribadi. Manakala, bahan mengecat, plaster dan gam berkemungkinan disebabkan oleh aktiviti suami ataupun melalui kawasan-kawasan bengkel.

Persoalan yang besar disini adalah bagaimana bahan sintetik yang agak besar itu mampu memasuki salur darah dan seterusnya sampai ke kawasan uri-uri. Persoalan ini belum terjawab secara saintifik lagi tetapi saintis cuba memberikan andaian bebas dan logik terhadap kejadian ini.

Saintis mengandaikan bahawa mustahil bahan plastik tersebut memasuki melalui rentas bahan melalui dinding salur darah, malah mustahil juga melalui aktiviti respirasi. Hal ini kerana salur darah yang wujud di dalam paru-paru adalah sangat sensitif dan hanya bahan gas seperti Oksigen dan Karbon dioksida yang mampu meresap masuk ke dalam darah.

NASIHAT KEPADA MASYARAKAT

Penemuan bahan polimer di dalam sistem badan haiwan ini bukanlah sesuatu yang baru. Micropartical ini mampu dijumpai di dalam banyak sistem pemakanan hidupan laut seperti sotong, ikan dan moluska (seperti kerang).

Kehadiran bahan plastik-mikro ini mampu mengganggu sistem pertahanan badan untuk uri-uri, signal tumbesaran kepada janin, jangkitan patogen, gangguan fisiologi dan sebagainya. Tetapi perkara yang disebut ini hanyalah andaian kerana tiada data yang sahih diperolehi lagi buat masa sekarang.

Bagi wanita mengandung, cuba kurangkan;

  1. Melalui mana-mana bengkel mengecat, bertukang dan servis kereta.
  2. Menggunakan terlalu banyak bahan kosmetik semasa mengandung
  3. Berada dekat dengan suami yang sedang membuat kerja rumah
  4. Menghidu bau semburan pewangi rumah, kereta ataupun deodorant
  5. Memakan makanan laut ataupun organ dalaman haiwan

Dan yang terakhir, jangan mengidam sesuatu pada jam 3 pagi. Masa tu 7 Eleven pun dah tutup kerana PKP ni.

Rujukan

1. Plasticenta: First evidence of microplastics in human placenta https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0160412020322297

2. https://www.creativemechanisms.com/blog/all-about-polypropylene-pp-plastic

3. https://www.sciencedirect.com/topics/earth-and-planetary-sciences/iron-hydroxide

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts