CARA SEMAKAN KEPUTUSAN CALON SPM 2020 PADA 10 JUN 2021, ESOK!

Pada 4 Jun lalu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin telah mengumumkan tarikh keluarnya keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 iaitu pada 10 Jun 2021. Eh, esok!

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin

Semakan keputusan bagi calon sekolah dan calon persendirian boleh dibuat bermula pada jam 10 pagi pada 10 Jun 2021 sehingga jam 6 petang pada 17 Jun 2021. Terdapat dua kaedah untuk membuat semakan.

1. Kaedah dalam talian di pautan myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh.

2. Menerusi perkhidmatan SMS untuk mendapatkan ringkasan keputusan SPM 2020 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 68886.

Bagi calon sekolah yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan membantu dan memaklumkan kaedah sesuai untuk memperoleh keputusan peperiksaan.

Manakala, bagi calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet, pihak Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah akan memaklumkan kaedah sesuai untuk memperoleh keputusan peperiksaan.

Menurut Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali, slip keputusan peperiksaan hanya akan diserahkan kepada pelajar selepas keadaan mengizinkan. Sementara itu, pelajar yang ingin membuat rayuan bagi keputusan SPM 2020, mereka tidak perlu ke Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah, sebaliknya setiap permohonan, pembayaran dan keputusan rayuan dapat dilakukan dalam talian.

Seramai 401,105 calon SPM 2020 yang telah menduduki peperiksaan itu selepas bertangguh beberapa kali akibat penularan wabak COVID-19.

Teruskan berdoa dan jangan lupa sarapan dulu sebelum semak keputusan esok. Semoga adik-adik beroleh keputusan yang cemerlang. Selamat maju jaya!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts