Terbaru ini, satu akaun Tik Tok dengan nama @markie telah memuat naik satu video berkenaan soalan Matematik yang menyebabkan 50 peratus daripada pelajar Universiti Harvard gagal menjawab dengan betul.

Haa… soalan apa tu? Korang rasa-rasa kalau setengah daripada pelajar Universiti Harvard pun dah gagal, korang pula macam mana? Mampu ke jawab?
Jom kita tengok soalannya.
SOALAN KONTROVERSI

Kayu pemukul dan bola berharga $1.10. Kayu pemukul berharga $1 lebih banyak daripada bola. Berapakah kos bola?
Macam mudah kan soalannya. Tapi, macam mana ramai boleh gagal untuk menjawab dengan betul? Rata-rata yang komen pun tak dapat terima jawapan sebenarnya. Ramai yang mempercayai jawapannya $0.10. Sedangkan jawapan sebenarnya ialah $0.05.
Haa, macam mana dapat tu?
SOLUSI
Jika lihat logiknya, ramai menjangkakan jawapannya $0.10 kerana soalan menyebut bahawa harga kayu pemukul ialah $1 lebih daripada harga bola.
Tapi, bila kita masukkan dalam pengiraan matematik, itu bukanlah jawapannya. Ini solusinya :
Untuk menjawab soalan ini, teknik persamaan serentak dengan kaedah penggantian akan digunakan.
Pertama, kita jadikan kayu pemukul sebagai A, dan bola sebagai B. Maka, kita keluarkan ayat matematik daripada soalan.
A + B = $1.10 (1)
A = $1 + B (2)
Seterusnya, kita bentukkan persamaan ketiga dengan menggantikan nilai A di persamaan kedua dalam nilai A di persamaan pertama. Maka,
$1 + B + B = $1.10
Akhirnya, selesaikan nilai B. Hasilnya,
2B = $1.10 – $1
2B/2 = $0.10/2
B = $0.05
Inilah jawapannya!

Bila difikir logik akal, susah kan nak terima? Tapi, inilah matematik. Selagimana dapat dibuktikan dengan hujah dan konsep yang bersesuaian, maka itulah jawapannya. Jawapannya tidak lahir daripada sangkaan dan perasaan semata. Pembuktian itu mesti ada kerana sifat matematik itu sendiri jitu, yakin dan pasti!
Ini pautan asal video kalau korang nak tengok sendiri.