Kebakaran di Rumah: Apa puncanya?

Menjelang masuknya tahun 2023, kita dikejutkan dengan laporan beberapa kes kebakaran yang melibatkan rumah persendirian dan bangunan komersial. Di dada akhbar melaporkan kebakaran di sebuah rumah di Gombak yang melibatkan dua beradik rentung selepas ditinggalkan oleh kedua ibubapa bersendirian di rumah.

Rajah 1: Contoh kes kebakaran melibatkan rumah persendirian (Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/01/913341/enam-rumah-terbakar-di-penampang)

Selain itu kita juga dikejutkan dengan kebakaran yang melibatkan bangunan sebuah syarikat tekstil terkemuka di Malaysia iaitu Jakel yang terletak di Shah Alam. Juga dilaporkan satu kemalangan yang melibatkan kebakaran blok rumah pekerja di Pontian yang mana bomba mengambil masa hampir lima jam untuk memadam kebakaran tersebut.

Punca kebakaran bagi setiap kes ini masih belum diketahui dan masih lagi dalam penyiasatan pihak bomba. Kebakaran di rumah dan bangunan komersial bukan sahaja mengorbankan nyawa malahan kemusnahan bangunan itu yang mencecah jutaan ringgit.

PUNCA KEBAKARAN DI RUMAH

Apakah punca yang menyebabkan kebakaran boleh berlaku di rumah?

Kebakaran boleh berlaku dengan pelbagai cara, namun secara tipikalnya penyebab kebakaran boleh dikategorikan kepada dua iaitu kebakaran disebabkan haba menyalakan bahan mudah terbakar (heat igniting combustible materials) atau kebakaran disebabkan oleh tindak balas kimia (caused by chemical reaction). Di bawah merupakan beberapa punca kebakaran berlaku di rumah :

Kebakaran disebabkan memasak/didapur (Cooking)

Kebakaran ketika memasak merupakan salah satu faktor penyebab kebakaran di rumah. Kira-kira 49% kebakaran yang dilaporkan berlaku di rumah adalah disebabkan oleh proses memasak di rumah. Penyebab utama adalah disebabkan oleh kelalaian ketika memasak menjadi punca kebakaran berlaku. Selain itu, dapur juga menjadi tempat yang mempunyai punca api yang paling banyak di rumah. Penggunaan tong gas, peralatan elektrik dan peralatan memasak menyebabkan dapur merupakan kawasan yang mempunyai risiko paling tinggi boleh menyebabkan kebakaran berlaku di rumah.

Rajah 2: Kebakaran berlaku di dapur

Peralatan pemanasan (Heating)

Selain itu, punca kebakaran di rumah adalah disebabkan oleh peralatan pemanasan (heating) dan penyejukan (cooling) mejadi terlalu panas (overheating). Penggunaan peralatan elektrik seperti water purifier, Cuckoo dan Coway akan menjadi panas semasa penggunaannya dan jika kita tidak mematuhi garis panduan penggunaan yang betul, peralatan ini akan menjadi terlalu panas dan menghasilkan haba yang berlebihan (overheating). Ditambah pula dengan kehadiran bahan mudah terbakar berdekatan peralatan-peralatan ini boleh membuatkan kebakaran bermula dan akhirnya merebak ke seluruh bangunan/rumah.

Rajah 3: Kebakaran berlaku disebabkan oleh overheating

Hazard elektrik

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, pada tahun 2021 direkodkan 7,447 kes kebakaran melibatkan struktur. Direkodkan 60 peratus daripada jumlah kebakaran ini berpunca oleh elektrik. Antara punca kebakaran disebabkan elektrik adalah kerosakan pada pendawaian elektrik di rumah. Hal ini boleh berlaku disebabkan oleh pendawaian yang salah, pendawaian lama atau terdapat kerosakan disebabkan oleh persekitan atau haiwan perosak. Selain itu, overload extension juga boleh menyebabkan kebakaran berlaku. Overload bermaksud kita menggunakan peralatan elektrik berlebihan pada sesuatu plug di rumah. Sebagai contoh kita memasang plug microwave, air fryer dan dapur elektrik pada satu masa pada wire extension boleh menyebabkan overheating berlaku dan peralatan menjadi terlalu panas sehingga mengakibatkan litar pintas.

Rajah 4: Peralatan elektrik dipasang berlebihan (Overloading) (Sumber: https://cmregent.com/blog/overloaded-electrical-hazards-and-practices/ )

Merokok (Smoking)

Tahukah anda bahawa putung rokok jika tidak dipadam secara betul boleh menyala dalam beberapa jam. Tindakan membuang putung rokok di merata-rata tempat tanpa sedar boleh menyebabkan kebakaran berlaku jika terdedah kepada bahan mudah terbakar seperti kotak, kayu dan cecair mudah terbakar.

Rajah 5: Ilustrasi kebakaran disebabkan oleh putung rokok tidak dipadam secara betul

Lilin (Candle)

Pada hari ini, lilin wangi telah menjadi trend popular di mana kita akan memasang lilin wangi ini untuk menaikkan bau harum dalam rumah. Namun, jika lilin ini tidak diawasi dengan betul ia boleh menyebabkan kebakaran berlaku. Lilin yang diletakkan berdekatan dengan bahan mudah terbakar akan mengambil masa tiga minit untk kebakaran merebak ke seluruh ruang.

Rajah 6: Kebakaran rumah disebabkan lilin chrismas di Itali Sumber: https://news.italy24.press/trends/281963.html

Cecair mudah terbakar (Flammable liquids)

Menurut National Fire Protection Agency (NFPA), kira-kira 14000 kes kebakaran berlaku disebabkan bahan kimia setiap tahun. Bahan kimia seperti gasoline, minyak tanah dan thinner adalah bahan kimia yang mudah terbakar dan seandainya terdedah kepada sumber haba ia boleh menyalakan api.

Rajah 7: Contoh cecair mudah terbakar yang boleh didapati di rumah (Sumber: https://www.imist.com/fire-hazards-in-the-home-flammable-liquids/

Kurang dari 30 saat masa diambil untuk api yang kecil membesar dengan pantas dan dalam masa seminit asap mula merebak ke seluruh ruang bilik dan kurang 3 minit masa untuk asap mula memenuhi seluruh rumah dan suhu mencapai 500’F. Pada suhu ini tiada manusia dapat selamat daripada menjadi mangsa kebakaran. Oleh itu, kita perlu cakna apakah punca yang boleh menyebabkan kebakaran berlaku di rumah. Dengan itu, kita dapat mengambil langkah-langkah proaktif supaya kebakaran tidak berlaku disebabkan kecuaian kita. 

Sumber :

  1. https://malaysiagazette.com/2023/01/02/2-beradik-rentung-rumah-terbakar/
  2. https://www.bharian.com.my/berita/kes/2023/01/1046751/5-jam-padam-kebakaran-rumah-pekerja
  3. https://aito.com.my/common-causes-of-fire-at-home/
  4. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/60-peratus-punca-kebakaran-disebabkan-eletrik-bomba-395650
  5. https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/01/913341/enam-rumah-terbakar-di-penampang
  6. https://www.imist.com/fire-hazards-in-the-home-flammable-liquids/
Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts