Inilah 10 individu yang maut kerana ciptaan dan inovasi sendiri. Yang terakhir itu adalah kisah terkini!
Thomas Andrews
Siapa tak tahu kapal ikonik yang mencipta sejarah dan terus diingati berpuluh tahun lamanya, Titanic. Kapal ini telah disifatkan sebagai “kapal yang tidak boleh ditenggelamkan” oleh si pereka kapal iaitu Thomas Andrews. Sayangnya, kapal tersebut menemui pengakhiran seawal pelayaran sulungnya setelah terlanggar sisi bongkah ais yang berada di tengah lautan Atlantik. Pelanggaran itu telah merosakkan komponen kedap airnya, sehingga menyebabkannya tenggelam.
Thomas Andrews pernah menyatakan bahawa kapal ini tidak akan tenggelam kerana mempunyai 16 petak kedap air. Sayangnya, pelanggaran tersebut merosakkan lima daripada 16 petak tersebut yang mengakibatkan kapal Titanic mempunyai masa selama tiga jam sahaja untuk bertahan.
William Bullock
Bullock ialah seorang editor akhbar yang merevolusikan dunia percetakan dengan menginovasikan akhbar percetakan putar yang diperkenalkan oleh Richard March Hoe pada tahun 1874.
Daripada menggunakan tangan, paten ini memungkinkan gulungan kertas berterusan dicetak sebanyak 8,000 hingga 10,000 helai perjam, dengan secara eksponen meningkatkan lagi kelajuan percetakan.
Malang tidak berbau, suatu hari semasa Bullock sedang memasang mesin cetak, kakinya tersangkut di dalam mesin sehingga menghancurkan kakinya dan mengakibatkan jangkitan yang membunuhnya beberapa hari kemudian. Terdapat juga rekod yang menyatakan bahawa ketika itu, Bullock menendang mesin semasa cuba memasang akhbar yang mengakibatkan kakinya tersepit.
Robert Cocking
Cocking merupakan seorang pelukis cat air yang terpesona dengan pengembaraan melalui udara yang membawa beliau kepada rekaan payung terjun pada tahun 1837 dan didebutkan kepada orang awam di Vauxhall Gardens, London.
Dalam penggunaan sulungnya, Cocking melepaskan rekaannya itu daripada belon udara panas, tetapi segera jatuh beberapa ratus kaki yang akhirnya membawa maut.
Terdapat laporan kejadian yang melaporkan Cocking ditemui di sebuah ladang oleh buruh dan masih hidup selama beberapa saat setelah sampai di atas tanah. Dalam laporan lainnya menyebut bahawa ketika jasad Cocking ditemui, jam tangan, kotak snuff dan kaca mata kepunyaannya telah diambil oleh pengunjung.
Cocking menjadi insan pertama yang mati disebabkan oleh payung terjun.
Franz Reichelt
Reichelt yang dikenali sebagai tukang jahit terbang, cuba menguji payung terjun yang direkanya dengan melompat dari puncak Menara Eiffel.
Ketika itu, sebuah Aero-Club de France telah mengadakan pertandingan untuk reka bentuk payung terjun dan pemenang terbaik akan mendapat hadiah wang tunai sebanyak 10,000 euro.
Reichelt ialah seorang tukang jahit yang pakar dalam pakaian. Dia telah mereka bentuk payung terjunnya sendiri, tetapi ditolak oleh organisasi aeronautik. Walaubagaimanapun, Reichelt menegaskan akan keyakinannya yang reka bentuknya itu akan berfungsi dengan baik.
Reichelt memohon kebenaran daripada pihak kerajaan untuk melompat dari puncak Menara Eiffel kerana dia mempercayai bahawa kegagalan percubaan-percubaannya sebelum itu adalah kerana ketinggiannya yang tidak mencukupi. Selepas setahun berulang alik, akhirnya Reichelt mendapat kebenaran bersyarat iaitu ujian itu akan dijalankan dengan dummy.
Namun ketika hari kejadian, Reichelt mengumumkan bahawa dia sendiri yang akan jalani ujian itu dan mengejutkan pihak berkuasa. Malangnya, dia telah menjunam hingga mati dan meninggalkan lubang di tempat dia mendarat.
Henry Smolinski dan Harold Blake
Smolinski dan Blake cuba membuat kereta terbang pertama di dunia, yang akhirnya meragut nyawa mereka biarpun beberapa percubaan awal menunjukkan kejayaan.
Kedua-dua jurutera ini menamakan ciptaan mereka sempena bintang di Big Dipper, dan mereka menggabungkan Cessna Skymaster dan Ford Pinto untuk menciptanya.
Dalam percubaan awal telah menemui kejayaan-kejayaan kecil. Kemudian, mereka memulakan ujian penerbangan bersama Mizar pada 11 September 1973 di lapangan terbang Venture County, California. Tidak lama setelah berlepas, asap hitam dilihat keluar daripada kereta dan akhirnya terhempas, membunuh kedua-dua jurutera itu.
Thomas Midgley Jr.
Midgley Jr. mencipta petrol plumbum dan bahan sintetik yang digunakan di dalam penyaman udara dan penyejukan, polio kontrak, dan mati di ruang yang diciptanya bagi membolehkan dia bergerak masuk dan keluar daripada katil.
Umum dimaklumkan bahawa kematiannya merupakan satu kemalangan. Tetapi secara peribadi, kesnya adalah bunuh diri menurut The New York Times Magazine.
Luis Jimenez
Jimenez, seorang pengukir di sebalik kerja yang dikenali sebagai “Blucifer” di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver, telah meninggal dunia setelah kepingan arcanya jatuh ke atasnya.
Jimenez telah bekerja secara kontrak untuk membuat arca itu dan mengusahakannya selama hampir satu dekad.
Arca seberat 9,000 paun dengan 32 kaki tinggi itu longgar daripada pemegangnya ketika dipindahkan dan Jimenez tersangkut di besi keluli arca tersebut, mengakibatkan kakinya cedera teruk di bahagian arteri. Dia mati sebelum sempat tiba di hospital.
Marie Curie
Curie meninggal dunia disebabkan “aplastic pernicious anemia” iaitu suatu keadaan ganjil melibatkan gangguan penghasilan sel-sel darah yang serius setelah tulang sum-sum rosak. Curie meninggal 31 tahun selepas memenangi Hadiah Nobel pertamanya. Penyakit ini berpunca daripada bahan radioaktif yang digunakan sepanjang beliau bekerja.
Stockton Rush
Rush adalah tambahan terkini kepada senarai pencipta yang maut kerana ciptaan sendiri.
Rush bersama empat yang lain di atas kapal selam Titan telah hilang pada 18 Jun 2023 ketika dalam pelayaran ke bangkai kapal Titanic. Kehilangan sub ini melancarkan misi mencari dan menyelamat telah berlangsung selama lima hari sehinggalah pada 22 Jun, pegawai pengawal pantai mengumumkan bahawa kapal tersebut telah meletup di 1,600 kaki dari bangkai kapal Titanic.
Titan, telah dicipta oleh Rush untuk meneroka bangkai kapal Titanic sebagai sebahagian daripada usaha pelancongan pengembaraan yang besar.
Namun, bukti-bukti menunjukkan Rush mungkin telah mengabaikan nasihat daripada orang sekeliling mengenai ciri-ciri penting Titan yang perlu diambil perhatian sebelum berlepas.
Karl Stanley, seorang rakannya yang merupakan pemilik sebuah syarikat penerokaan laut dalam menyatakan bahawa dia bersama dengan Rush telah melakukan ujian menyelam bersama Titan pada tahun 2019. Tetapi menurutnya, amaran telah diberikan kepada Rush tentang bahaya sekiranya Rush tidak sabar. Bukti menunjukkan adanya kecacatan pada Titan, tetapi belum diketahui secara terperinci apa kecacatannya.
Namun, Rush tidak mengendahkan amaran tersebut.