Tahukah anda? Semakin ramai murid sekolah mula meninggalkan subjek sains dan matematik?
Menurut laporan, jumlah pelajar yang mengambil jurusan STEM (sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik) semakin merosot. Setiap tahun, purata pengurangan adalah hampir 6000 pelajar setiap tahun!
Semakin ramai murid yang tidak berminat dengan sains dan matematik. Bagi murid yang berminat pula, mereka akhirnya terpaksa meninggal topik tersebut kerana dianggap terlalu susah untuk dijawab dalam peperiksaan.
Jika murid kita terus meninggalkan subjek – subjek ini, masa depan negara kita terancam. Kita tidak akan mampu bersaing dalam revolusi industri baru!
Jadi apa kita perlu lakukan?
Bagaimana untuk galakkan semula murid – murid untuk kembali menyukai subjek sains dan matematik?
Kita perlu persembahkannya sebagai suatu topik yang seronok!
Sains dan matematik bukan hanya subjek yang memerap pelajar dalam kelas dan untuk diluahkan dalam kertas peperiksaan.
Ia perlu melibatkan aktiviti di luar kelas, menghayati alam, beraktiviti dan paling penting, ia mestilah menerapkan nilai – nilai murni dan tauhidik!
memperkenalkan FANTASAINS – Celik sains, celik jiwa!
Sains tidak lagi bosan dengan FantaSains!
Program FantaSains adalah program yang disusun khas untuk pelajar – pelajar sasaran dengan tujuan untuk meningkatkan minat serta kefahaman mereka dalam topik sains
Aktiviti – aktiviti menarik FantaSains
Eksperimen
Pelajar – pelajar dibimbing untuk laksanakan eksperimen dengan disiplin dan nilai saintifik.
Pertandingan Sains
Setiap kumpulan berentap untuk menumpaskan pasukan lain dalam slot pertandingan sains.
LDK
Para pelajar diberikan tugasan dan bekerjasama untuk mencapai objektif.
Persembahan Sains
Apa yang telah dipelajari dipersembahkan dengan kreatif oleh pelajar dalam slot persembahan sains.
Slot Iman
Sambil belajar sains, peserta juga perlu dibimbing dengan pengisian rohani dan tahsin ibadah.
Testimoni ibu bapa dan pelajar





Previous
Next
Galeri Gambar






























Previous
Next
Video promosi
https://www.youtube.com/watch?v=kYpKfJQhue4&feature=youtu.be
Video aktiviti yang menarik!
Daftar untuk sesi seterusnya!
Sesi Fantasains Akan Datang
Tarikh: 29 Februari 2020
Hari: Sabtu
Masa: 8.30 am – 1.30 pm
Tempat: Sekolah Kebangsaan Kota Damansara
Adakan Fantasains di tempat anda!
Berminat untuk adakan Fantasains di sekolah, pusat tuisyen, pusat komuniti atau maahad Tahfiz anda? Hubungi nombor berikut:
Haziq: 0172814001
Fadhilah : 0192542109
Pakej yang Ditawarkan
Kami perlukan sumbangan anda
Fantasains menyasarkan penglibatan kanak – kanak miskin bandar, yang kebanyakan daripada mereka miliki bakat dan kesungguhan belajar, namun kejayaan mereka dikongkong oleh kemiskinan.
Kanak – kanak miskin bandar walaupun kurang berada, mereka tetap mahu berjaya.
Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui pautan:
https://www.billplz.com/FantaSainsPPR
Atau boleh dibuat terus kepada akaun:
CIMB YAYASAN MAGHFIRAH
86-0322-1427
Hubungi kami
Telefon
Fadhilah : 0192542109
Email
Facebook
Fantasains
Poster Promosi Fantasains
Program Fantasains dianjurkan oleh