“Saya nak jadi doktor. Boleh tolong orang kan ustazah?”
“Saya nak jadi jurutera, tak pun arkitek. Saya nak buat rumah besaaaarrrr untuk saya tinggal dengan mak ayah saya. Baru best…”
“Saya nak jadi ustazah macam ustazah. Baik je.”“Saya nak jadi juruterbang yang hebat!”
CITA-CITA.
Begitulah respon anak-anak apabila ditanyakan apakah cita-cita mereka. Tidak pernah kurang tingginya cita-cita seiring hasrat mereka untuk membesar dengan berjaya. Begitu jugalah respon anak-anak yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR), tidak pernah kurang. Namun, bukan semua anak-anak ini memiliki peluang atau mampu memanfaati peluang bila tiba masanya peluang terbentang di depan mata.
Pendidikan merupakan perkara yang sangat penting dalam tempoh pembesaran anak-anak. Namun, inilah sebenarnya cabaran utama bagi ibu bapa di PPR. Masa yang sangat terhad dalam kesibukan mencari nafkah dan pendidikan anak-anak sudah pasti menjadi dilemma yang tidak berkesudahan bagi mereka.
Nasib Anak – Anak Projek Perumahan Rakyat
Apakah realiti anak-anak PPR ini? Daripada Laporan Kemiskinan Kanak-kanak Bandar oleh Unicef,
51% kanak-kanak berusia 5 dan 6 tahun tidak menghadiri prasekolah dan 2% yang berusia 7-17 tahun tidak bersekolah. Manakala Kira-kira 4 dalam 10 isi rumah tidak menyediakan alat permainan untuk anak-anak berusia bawah 5 tahun dan 31% isi rumah tidak mempunyai buku untuk anak-anak berusia bawah 18 tahun.
Antara punca isi rumah tidak mempunyai buku dan alat permainan adalah disebabkan kekurangan ruang.
Banyak kali mereka terpaksa memulangkan berkotak-kotak buku dan alat permainan sumbangan pertubuhan bukan kerajaan dan agensi-agensi lain kerana tidak ada tempat untuk menyimpan.
Mereka Berpotensi Besar
Meskipun menghadapi pelbagai rintangan, pencapaian akademik mereka masih standing dengan purata pencapaian di peringkat kebangsaan (Unicef). Hal ini menunjukkan, anak-anak PPR bukan calang-calang juga. Sebenarnya mereka mempunyai potensi yang besar untuk cemerlang seperti anak-anak yang lain, hanya memerlukan bantuan dan sistem sokongan daripada masyarakat yang lebih berkemampuan.
Besar natijahnya penilaian ini kepada anak-anak PPR yang sudah pastinya peluang mereka untuk mendapatkan pembelajaran tambahan dalam subjek ini amat tipis peluangnya jika dibandingkan dengan naak-anak bandar yang lebih berkemampuan. Tusyen, kelas tambahan, alat bantu pembelajaran sudah pasti tinggi kosnya dan seperti mimpi untuk mereka miliki.
Bersama Membantu Anak – anak PPR Berjaya
Oleh yang demikian, menyedari kepentingan penguasaan STEM ini bagi anak-anak, kami Yayasan Maghfirah dengan kerjasama AJAR, akan menganjurkan program FantaSains, khusus untuk anak-anak PPR. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan minat pelajar dalam pendidikan STEM. Modul pelajaran FantaSains disusun selaras dengan kurikulum standard yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan pelaksanaan berkonsepkan interaktif.
Antara aktiviti yang terdapat dalam program FantaSains ialah demonstrasi, eksplorasi serta eksperimen di luar kelas. Disamping membantu pelajar menguasai topik-topik pembelajaran, penekanan akan turut diberikan terhadap penerapan nilai murni agar hasil pembelajaran yang diperolehi pelajar lebih holistik dan mengesankan.
Besar harapan kami melihat anak-anak PPR akhirnya kelak mampu untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan anak-anak bandar yang lain. Marilah sama-sama kita membantu memastikan usaha kecil ini agar berjaya dilaksanakan.
Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui link : https://www.billplz.com/FantaSainsPPR
atau terus ke akaun CIMB YAYASAN MAGHFIRAH (86-0322-1427)
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Pejabat: 03-8740 1193
Whatsapp/telegram: 013-9484200 (Puan Mariam)
Dapatkan perkembangan program ini melalui:-
Telegram: https://t.me/yayasanmaghfirah
FB: Yayasan Maghfirah
Web: https://yayasanmaghfirah.org/