Menjelang berlabuhnya tirai 2018, ayuh kita imbas semula pencapaian Malaysia dalam bidang sains, teknologi dan inovasi yang telah membuat tanah air bangga!
Stethoscope AI pertama yang Dibangunkan di Malaysia
Stethee merupakan produk hasil kerjasama strategik antara Kementerian Kesihatan, MIDA, CREST dan M3DICINE.
Rakyat Malaysia Menangi Anugerah daripada Queen Elizabeth II

Prof Teo Soo Hwang FASc menerima anugerah OBE daripada Permaisuri Elizabeth II atas sumbangan besar beliau dalam kajian kanser dan menjalin hubungan kerjasama antara Malaysia dan Britain.
Sekolah Malaysia Menang Pelbagai Anugerah di Konvensi ARCHIMEDES Moscow
6 sekolah yang mewakili Malaysia menangi 2 emas, 1 perak dan 2 gangsa. Ini kali pertama Malaysia mengambil bahagian dalam Archimedes.
Pingat Emas Olimpiad Teknologi Nano di Iran

Ho Kah Chun (UKM), Joshua Soo Zheyan, Muhammad Sollehin Idris (UM) dan Rabiatul Adawiyah Zayadi (UTHM) membentang kajian mengenai pelepah minyak sawit sebagai bahan teknologi nano untuk merawat air kumbahan industri.
SMK Kuala Besut Menangi Pertandingan IAEA, Korea

Mereka mencipta aplikasi permainan atas talian untuk mendidik dan mempromosi sains nuklear dalam kalangan pelajar sekolah.
Dr Siti Khayriyah Komunikator Sains Terbaik Dunia
Pensyarah USM tersebut membentangkan kajian beliau tentang kegunaan antibodi – antigen untuk mendiagnosis penyakit tuberculosis. Beliau menumpaskan 11 lagi peserta akhir di FameLab International 2018.
Prof Dr Ng Kwan Hoong Menangi Anugerah Berprestij Sklodowska – Curie.
Prof Ng daripada UM adalah satu – satunya saintis daripada negara membangun yang memperoleh anugerah tersebut. Ia adalah anugerah paling berprestij dalam fizik perubatan.
UITMSAT – 1, Satelit Nano Malaysia Pertama yang Dilancar ke Angkasa Lepas

Projek tersebut adalah hasil kerjasama UITM dengan Jepun, Bhutan dan Filipina.
UM Lancar Makmal Blockchain pertama di Malaysia
.jpg)
Ia sebagai medan bagi penyelidik untuk mengendalikan kajian berteknologi tinggi dan membangunkan projek – projek inovatif berasaskan Blockchain.
Anugerah The World Academy of Sciences kepada Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi

The World Academy of Sciences menganugerahkan beliau atas sumbangan hebat dalam bidang teknologi membran dan teknologi nano untuk nyahmasin air kumbahan, pengasingan gas dan hemodialisis.
Sumber: Akademi Sains Malaysia