Seramai 401,105 orang calon SPM 2020 telah menerima keputusan mereka. Walaupun dilanda pelbagai cabaran dek faktor pandemik COVID-19, adik-adik telah membuktikan itu bukan penghalangnya.
Sebentar tadi, Menteri Kanan Pendidikan telah mengesahkan bahawa keputusan SPM 2020 telah mencatatkan pencapaian calon yang terbaik sejak tahun 2016 dengan Gred Purata Nasional (GPN), 4.80. Tahniah!

Jadi, sekarang nak kena buat apa pula?
Adik-adik perlu tahu hala tuju selepas ini. Ke mana adik-adik nak pergi. Berikut merupakan beberapa info yang dikongsikan oleh laman facebook Apa Khabar Semua.
1. Di Malaysia, bukan hanya ada asasi, matrikulasi dan STPM/ STAM, masih banyak peluang lain yang disediakan. Malah, adik-adik boleh terus memilih pengkhususan yang adik-adik minat tanpa perlu mempelajari bidang-bidang lain. Adik-adik boleh rujuk penerangan lanjut di link ini, https://www.infoupu.com/halatuju-pendidikan-selepas-spm/
2. Untuk 41 buah kursus asasi, adik-adik boleh rujuk di sini, https://www.upuonline.com/program-asasi-ipta.jsp
3. Untuk ke luar negara, ini langkah-langkah penting yang perlu dilakukan https://edubestari.com/panduan-belajar-luar-negara/
4. Nak terus bekerja, boleh mohon dalam sektor swasta ataupun sektor Perkhidmatan Awam. Terus ke laman ini untuk penerangan lanjut., http://kakipromo.com/permohonan-spa-online-lepasan-spm…/
5. Nak buka bisnes sendiri, perlu bijak merancang dan manfaatkan peruntukan-peruntukan yang disediakan oleh kerajaan. Untuk ilmu pasaran semasa boleh rujuk di FB Tuan Nik Akmal, https://web.facebook.com/akmal.nik?_rdc=1&_rdr
Ini link lain untuk bacaan lanjut adik-adik.
1. Halatuju Pendidikan Selepas SPM | Facebook
https://web.facebook.com/groups/halatuju?_rdc=1&_rdr
2. Karnival Pendidikan Tinggi Negara (2021) | Facebook
https://web.facebook.com/groups/infoIPTs
3. Info Pembiayaan Pendidikan | Facebook
https://web.facebook.com/groups/infopembiayaanpendidikan
4. 7 Pilihan Hala Tuju Lepasan SPM | Nik Faiz, The Career Expert
5. mustaffabdullah – Perunding Halatuju Pendidikan (002186479-K)
http://halatuju.com/mustaffabdullah/
6. HALATUJU PENDIDIKAN SELEPAS SPM – digerakkan oleh perunding halatuju pendidikan
http://halatuju.com/selepasspm/
7. Laluan Kerjaya Bagi Lepasan SPM 2021
8. http://www.upnm.edu.my/…/mm28_buku_syarat_2021_2022…
Dan sebenarnya, terlalu banyak cabang dan peluang lain yang adik-adik boleh terokai yang tak tertulis di sini. Adik-adik perlu rajin lagi mencari dan bertanyakan kepada mereka yang lebih berpengalaman. Tambah-tambah di fasa PKP 3.0 ini, adik-adik boleh manfaatkan masa yang ada bersama telefon untuk mencari info-info yang boleh membantu adik-adik membuat keputusan yang terbaik untuk masa hadapan.
Paling penting, Solat Istikharah jangan pernah tinggal. Solat Istikharah bukan hanya untuk mencari jodoh tau. Solat Istikharah ini untuk membantu kita membuat pilihan dalam kehidupan, tidak kira apa sahaja situasinya. Maka, kita memohon supaya Allah menenangkan hati kita kepada perkara yang terbaik untuk kita dan menjauhkan kita daripada perkara yang tidak ditakdirkan untuk kita.
Teruskan berusaha mencari, berdoa dan buat keputusan yang terbaik ya. Selamat menempuh alam dewasa!
Kredit info : Laman Facebook Apa Khabar Semua