Pelajar Malaysia Tempat Kelima Dunia Dalam Peperiksaan Perakaunan

Setinggi –tinggi tahniah kepada Muhammad Iqbal bin Ahmad Fadzli yang berjaya menduduki tempat pertama di Malaysia dan kelima di dunia dalam peperiksaan F7 (financial reporting) Association of Chartered Certified Accountants (ACCA ) untuk kertas F7 (laporan kewangan).

Image may contain: 1 person

Pencapaian sebanyak 91% ini dicatatkan ketika mengambil peperiksaan berkenaan pada bulan Mac lalu.

Muhammad Iqbal adalah pemegang Biasiswa Tahfiz Profesional Yayasan Pahang ketika belajar di Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) pada tahun 2011 hingga 2015.

Beliau dipuji oleh guru – guru sebagai seorang anak murid yang sentiasa berhubungan dengan guru – guru lama serta memiliki cita – cita untuk menjadi pensyarah matematik.

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing

Kejayaan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu 11 A (8A+ dan 3 A) menyebabkan beliau dipilih untuk menerima biasiswa Yayasan Peneraju Bumiputera bagi meneruskan pengajian di peringkat Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) di Sunway, College.

Sumber: Facebook Yayasan Pahang

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts