NASA Jemput Anda Hantarkan Nama Untuk Dilancar ke Marikh Tahun 2020 Ini. (Siap Dapat Pas Penumpang)

Haziq Rahim (nama penulis) akan ke Marikh! Tapi nama sajalah, bukan tubuh.

Pada tahun 2020 ini, NASA bercadang untuk menghantar sebuah rover untuk misi eksplorasi Marikh. Rover tersebut dijangka mendarat di Planet Merah tersebut pada Februari 2021.

Gambaran Mars 2020 Rover. Kredit: NASA

Rover, ‘saintis robotik’ seberat 1 tan itu akan membawa misi mencari tanda – tanda kehidupan bakteria lampau, mengenal pasti iklim dan geologi planet Marikh, serta mengumpulkan sampel untuk dibawa pulang ke Bumi.

Untuk mengongsikan perjalanan bersejarah ini bersama semua orang (penghuni planet bumi) yang lain, NASA menjemput kita semua untuk menghantar nama untuk turut dilancarkan ke Marikh.

Peluang untuk menghantar nama anda ke Marikh turut disertakan dengan buah tangan ‘pas penumpang’ dan markah ‘penerbang kerap’. Ini adalah satu kempen untuk menyebarkan kesedaran mengenai misi ini.

Souvenir boarding passes will display names submitted by the public, which will also be on microchips aboard the Mars 2020 rover

Nama – nama anda akan dipahat pada cip silikon menggunakan sinar elektron. Disebabkan ia mampu memahat barisan teks sekecil 1/1000 kelebaran helai rambut ( 75 nanometer ), sebuah cip bersaiz duit syiling dapat memuatkan lebih daripada sejuta nama.

Cip nama tersebut akan dipasang pada badan Rover, dengan diselaputi penutup kaca, dalam pengembaraannya di Marikh nanti.

Berminat untuk menghantar nama ke Marikh? Klik saja pautan di bawah dan ikut saja langkah mudah yang boleh selesai kurang daripada 2 minit ini. Jangan tunggu lama – lama, tarikh tamat 30 September!

https://go.nasa.gov/Mars2020Pass

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts