UPSR telah melabuhkan tirai pada hari ini (kecuali bagi calon Bahasa Cina dan Tamil). Bagi ramai murid Darjah 6, ini mungkin hari yang paling menggembirakan dalam hidup mereka setakat ini.
Namun sebahagian calon tidak menyambut ‘hari kemerdekaan’ mereka dengan membaling mercun, terjun parit atau menconteng baju, sebaliknya mereka menamatkan peperiksaan terakhir fasa kehidupan sekolah rendah mereka dengan bersujud syukur.
Pemandangan ini begitu menyentuh hati masyarakat. Mereka meraikan hari kegembiraan mereka dengan bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan.



Berikut adalah beberapa gambar sujud dari sekolah – sekolah di seluruh Malaysia:
Sekolah Rendah Islam At-Tahfiz, Pasir Gudang.

Sek Keb Kanchong Darat, Kuala Langat

SRAI Dato Mufti Yusof Sahabudin Shah Alam

Sek Keb Leftenan Adnan, Kajang
