Soalan Matematik Tambahan ‘Terlampau Susah’, Cikgu Pun Tak Boleh Jawab

Ahh SPM. Sakit Paling Maksimum, Susah Payah Membingungkan, atau Saya Perit Menjawab merupakan antara waktu yang paling mencabar bagi seorang pelajar di Malaysia.

Sudah pasti, seperti biasa, banyak perkara yang dihafal malam sebelum peperiksaan tidak masuk, tersangkut 10 minit pada soalan pertama, dan idea tidak kunjung – kunjung tiba merupakan lumrah situasi peperiksaan sebesar SPM.

Namun, antara subjek yang paling digeruni dan mendapat banyak tumpuan setiap kali SPM sudah pasti adalah topik kesayangan ramai orang, Matematik Tambahan.

confused math GIF by CBC

Pada tahun ini, soalan matematik tambahan SPM dikritik. Dikatakan bahawa soalan – soalan kali ini terlalu susah sehingga ramai pelajar yang keluar dewan menangis dan kemurungan memikirkan masa depan yang gelap.

Antara gambar soalan matematik tambahan yang berlegar di internet dan mencetuskan pelbagai reaksi akibat kesusahannya adalah seperti berikut:

Seorang guru matematik tambahan yang juga merupakan pemilik saluran tutor matematik Y=mx+c meluahkan pandangan beliau yang menganggap soalan – soalan tersebut tidak adil terhadap pelajar.

https://www.facebook.com/maths.video/posts/2995161810497388#

“Saya sedar semakin banyak soalan STPM yang muncul dalam SPM, untuk menunjukkan piawai SPM tinggi dan mencabar. Jika demikian, kita sepatutnya menyuruh saja guru – guru kita mengajar silibus Tingkatan 6 kepada pelajar Tingkatan 5.

Permutasi tidak sepatutnya miliki nombor berulang dan tan (x/2) sepatutnya dalam silibus STPM”

Guru tersebut juga meluahkan rasa tersedih terhadap pelajar yang mencurah begitu banyak usaha dalam matematik tambahan, tapi tidak mampu menjawab soalan.

Ramai yang mengatakan bahawa kertas soalan yang susah menyebabkan pelajar semakin menjauhi matematik, yang kemudian memberi kesan kepada kerjaya mereka.

Namun begitu, terdapat juga pandangan yang mengatakan hal ini tidak patut dibesar – besarkan kerana ia berlaku saban tahun. Pada tahun lepas juga, heboh cerita pelajar membakar buku matematik tambahan kerana terlalu susah.

Seorang pengguna FB memberikan pandangan berikut:

“Soalan tersebut dipiawaikan di seluruh negara. Setiap pelajar mendapat soalan yang sama, secara adil. Markah boleh disesuaikan kemudian.

Jika terlampau susah pun, apa masalahnya? Dah namanya penilaian, untuk menguji kemampuan pelajar”

Apa pandangan anda tentang isu ini? Tuliskan dalam bahagian komen!

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts