Matematik Tambahan seringkali menjadi subjek yang paling ditakuti oleh calon – calon SPM. Namun tahun ini nampaknya kesukaran soalan peperiksaan adalah luar biasa.
Kesukaran Kertas Matematik Tambahan Tahun ini bukan saja diakui oleh calon – calon SPM:
Roses are red,
Children are crying,
Well this is bad,
Add Maths is me dying.#SPM2018 #addmath— raiden haver (@writingissues) November 25, 2018
*me after add maths paper 1#spm2018#addmath pic.twitter.com/QEYW84PHj7
— Dan (@Burger_Z_) November 27, 2018
https://twitter.com/nawwaokayje/status/1067239127261708293
https://twitter.com/wxhidah/status/1067819182366945281
… Malah turut diakui oleh tenaga pendidik
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2038145149587047&set=a.573068409428069&type=3&theater
“Secara keseluruhan soalan tahun 2018 ialah yang paling mencabar jika dibandingkan dengan soalan-soalan beberapa tahun yang lalu.”
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2037825662951505&set=pcb.2037873746280030&type=3&theater
Kesusahan soalan matematik tambahan tersebut kemudian membuatkan beberapa pelajar membakar buku dan kertas peperiksaan kerana kecewa.
i dont want to see this thing again?#spm2018 #addmath pic.twitter.com/awQDZV53Eb
— zhiyeeee_ (@zhiyee69834798) November 27, 2018
Tindakan ini tular pula di media sosial sehingga mendapat kecaman netizen.
https://www.facebook.com/rizalhakimm/photos/pcb.2295919337401101/2295919184067783/?type=3&theater
Pelajar kemudian tampil pula untuk memohon maaf atas persepsi bahawa golongan muda sekarang tidak lagi menghormati buku dan ilmu.
“Saya minta maaf kepada semua. Saya dah tanya junior saya, diorang tak nak pun buku itu atas alasan mereka nak buku past year yang latest dan ada SPM 2018. Buku tersebut dah diguna untuk buat latihan, bukan tak nak bagi dekat junior dan adik”.
Beliau memberitahu niat membakar buku tersebut kerana tidak mahu buku itu terbiar dilantai, sebab banyak dilihat buku-buku subejk lain terbiar atas lantai sahaja. Lagi pun saya bakar dan tanam dengan niat orang tidak terpijak dan biarkan buku begitu sahaja.
Nampaknya, Soalan yang dianggap Begitu Susah Oleh Rata – rata Pelajar adalah Mengenai Geometri Logo
https://twitter.com/salihin_zj/status/1067337316534898688
Ini percubaan admin Ini Sains Beb bagi soalan tersebut:
https://www.facebook.com/inisainsbeb/posts/743689172657007?__xts__[0]=68.ARCGptKx55E8vfH5mYoRTDWkheo8cXU49fsTqcvSXo5AE8ifNn3EGFXsPuqDffgO767kBSZDj7gk-7vlAVXpOCXmCf40IgRdmdhQDrGRzec31mRGPTHxFc0d9l7qRKLFQnO7Y9Z5VPyN7nxtm6cXLZuNjq36ek1L0dLJMx3pijlYcRXGP84wv3jyJFaEpya3GIYFN5XvdMwhhYhweNvv9-co46Mpj0uA7TGccXiCnJSLoSZjB8sqW6N7BFFOmMVF4YgyUpv8jdEVU-EfRl4IdaeGbe-11pFrxk6-ND3X6wi5DYutEPelWJnj5sRD&__tn__=C-R
Kesusahan Soalan Peperiksaan SPM tahun ini, Terutama Bagi Matematik Tambahan telah Mendatangkan Kritikan Dari Pelbagai Pihak
Soalan peperiksaan tersebut dikhuatiri membunuh hati dan jiwa pelajar.
Ini komen penceramah Fairuz al Jengkawi mengenai isu yang dianggap barah kepada sistem peperiksaan ini:
Tolong sangat-sangat agar support anak-anak kalian yang baru mengambil subjek Matematik Tambahan semalam. Saya fikir ini pertama kali melihat betapa kecewanya pelajar hingga buku dan kertas soalan pun sanggup dibakar. Tuan Puan bacalah satu demi satu komen yang saya kongsikan ini. Anak-anak ini menangis, sedih dan keliru.
Sudah pasti dikalangan pelajar ini ada yang bersungguh-sungguh untuk skor A. Siang malam study, ulangkaji dan jumpa guru. Kalau guru yang mengajar pun kata soalannya susah ya ampun, bayangkan si murid yang menghadapnya.
Walau boleh je kita kata, “alah, SPM je kot. Aku dulu result add math teruk gila, elok je hidup sampai sekarang.” Komen-komen begini langsung tidak membantu mereka. Mereka perlukan kata-kata sokongan yang mampu menaikkan semangat semula.
Saya tak faham, apa sebenarnya yang nak dicapai oleh penggubal soalan? Adakah semakin susah soalan atau semakin tinggi KBATnya, semakin bermutu dan berkualiti ia?
Bukankah ujian ini mahu menguji tahap kefahaman pelajar sepanjang sesi persekolahan? Jadi, mengapa dibuat soalan di luar kemampuan mereka. Adakah kalian expect budak-budak yang ambil add math mesti pandai dan gifted?
Tahun lepas, kajian Kesihatan Mental Kebangsaan mendedahkan betapa ‘stress’nya remaja belia di Malaysia. Dari jumlah ini, seramai 600 ribu orang berniat untuk bunuh diri.
Tahun lepas juga, saya temui seorang pelajar Tingkatan 4 yang mengaku sering ambil ubat disebabkan stress bila nak dekat dengan ujian.
2017 juga kita menangisi pemergian seorang pelajar berusia 12 tahun yang bunuh diri dek kecewa dengan keputusan UPSR yang diperolehi.
Ini semua ada kaitan dengan perkembangan mental dan emosi para pelajar kita hari ini. Jika adik-adik ini tidak bertemu dengan kaunselor di sekolah, saya khuatir sesuatu yang lebih teruk akan berlaku.
Saya mengajak kita semua untuk menekuni semula Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ini,
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”
Jadi, izinkan untuk saya bertanya. Adakah dengan menggubal soalan yang tak mampu dijawab oleh pelajar akan menjadikan mereka dapat mengimbangi dari segi minda, spritual, emosi dan fizikal? Atau juga ia bakal menjadikan anak-anak ini semakin bertambah pengetahuannya, berketerampilan, berakhlak mulia serta bertanggungjawab?
Wahai Kementerian Pendidikan Malaysia, tolonglah berbuatlah sesuatu. Saya takut sangat andai banyaknya jiwa-jiwa yang akan ‘terbunuh’ dek kegilaan ini.
Wahai mak ayah, akhirnya kita nampak dek demand yang melampau-lampau dari segelintir ibubapa untuk melihat anak dapat semua A dalam setiap subjek, kita menyaksikan hal semacam ini.