Mampukah ‘Beg Terapung’ Tular Ini Selesaikan Masalah Berat Beg Sekolah?

Baru – baru ini tular satu inovasi baru terhadap beg galas. Beg yang dinamakan HoverGlide ini seolah – olah ‘terapung’ apabila dipakai. Pemakai malah boleh berlari tanpa merasai impak jatuhan beg tersebut.

Beg tersebut seakan – akan bukan realiti, semacam glitch dunia nyata…

View post on imgur.com

Ciptaan HoverGlide tersebut menggunakan bingkai pendua dan sistem takal dengan tali bungee elastik untuk menahan bebanan beg daripada bingkai. Apabila pemakai berjalan atau berlari, beg tersebut meluncur secara vertikal pada sistem tersebut. Maka apabila Image result for hoverglide backpackpemakai berjalan, beg tersebut kekal pada kedudukannya.

Pergerakan beg yang pelik dan seolah – olah tidak real membuatkan ciptaan ini tular dengan cepat.

Sistem ini tidak saja mengurangkan pergerakan vertikal, seraya mengehadkan daya hentakan vertikal ke atas badan, tapi juga menjimatkan tenaga untuk berjalan membawa beg tersebut. Ini bermakna anda boleh membawa beban yang lebih berat sambil bergerak pantas, lantas mengurangkan risiko kecederaan akibat bebanan lebihan pada bahagian belakang, leher dan lutut.

Penyelidikan mendapati HoverGlide mampu mengurangkan daya hentakan sebanyak 82%, menakjubkan jika benar!

Ciptaan ini berkemungkinan boleh miliki penggunaan yang lebih luas melangkaui penggunaan lasak seperti trekking. Ia miliki potensi untuk akhirnya menyelesaikan masalah berat beg pelajar sekolah yang semakin menggusarkan.

Image result for berat beg sekolah

Jika dulu solusi kepada masalah berat beg adalah dengan memasang roda, yang mudah rosak akibat keadaan jalan raya yang tak sekata. Atau memasang almari buku di setiap kelas. Atau merombak keseluruhan jadual dan sistem pembelajaran untuk mengurangkan penggunaan buku. Sekarang mungkin semua itu tidak lagi perlu.

Namun, dah pasti, isu utama adalah kos. Hoverglide masih belum dipasarkan, jadi tidak diketahui berapa harganya. Tapi boleh jadi beratus dollar.

Begitu juga, sejarah buruk ciptaan – ciptaan kickstarter yang tular sedikit mendatangkan perasaan skeptikal. Dahulu, tular sakan ciptaan seperti ‘lebuh raya solar‘ yang hakikatnya sangat tidak munasabah. Terdapat juga ciptaan tular seperti Juicero yang mendapat dana – dana daripada syarikat – syarikat gergasi namun kemudian dianggap sebagai ciptaan paling teruk dalam sejarah.

Jadi, kita lihat dulu perkembangan ciptaan yang menarik ini.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts