Universiti Malaya Rangkul Kedudukan 20 Teratas

Universiti Malaya (UM) berada pada tangga ke-18 di dalam Emerging Economies University Rankings (EEUR) 2019 seperti dikeluarkan Times Higher Education (THE).

Kedudukan itu meletakkan UM dalam kalangan 20 universiti terbaik dunia dan berkembang maju di samping institusi pengajian tinggi (IPT) berprestasi terbaik di negara ini.

UM naik 9 anak tangga daripada kedudukan sebelumnya di tempat ke 27.

Ini adalah kedudukan paling tinggi pernah diperoleh universiti tersebut, dan kali pertama UM tersenarai dalam 20 Universiti terbaik
THE’s Emerging Economies University Rankings.

Pemilihan oleh THE ini mengambil kira lima kategori utama yang dinilai iaitu dari segi pengajaran, penyelidikan, tinjauan antarabangsa, kutipan dan pendapatan industri.

Maka, nampaknya reputasi yang dimiliki oleh UM semakin diiktiraf oleh badan antarabangsa tersebut. 

Selain UM, terdapat 2 lagi universiti tempatan yang berjaya menyenaraikan diri di dalam kedudukan 100 terbaik. Ini termasuklah Universiti Teknologi Petronas (UTP) di kedudukan ke-60. Manakala Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pula memanjat 15 kedudukan untuk mendapat tangga ke-86.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts